The Adlys Mahu Ke Malaysia

21 Dec

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Kumpulan anak muda bergelar The Adlys kini sedang mencipta nama di Indonesia. Mereka mula mendapat perhatian apabila lagu Terjadilah mendapat sambutan hangat di sana.

Lagu cinta yang mula diperdengarkan sejak Oktober lalu itu disampaikan dengan baik oleh penyanyi utamanya Adly Fairuz. Ada yang kata  kerana membawakan kisahnya sendiri. Benarkah begitu?

“Siapa kata? Semua orang boleh saja mengalami hal seperti ini. Cinta itu kan  sesuatu yang istimewa, yang hanya dirasa sepasang kekasih.

“Kalau jatuh cinta, sepatutnya kita ungkapkan perasaan itu kepada orang yang ditaksir agar ia menjadi indah,” kata Adly pasal hal itu.

Kumpulan yang ditubuhkan oleh rakan-rakan persekolahan di Bandung itu mula aktif sejak tahun 2000 lagi semasa di bangku sekolah. Mereka kini bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman Nagaswara dan popular dengan lagu Aku Cintamu Cintanya, Terbang dan beberapa lagi.

Selain Adly selaku penyani, kumpulan itu dianggotai oleh  Bob (gitar), Thuse (bes) dan Harland (dram). Mereka masih muda dan berbakat dengan masing-masing berumur sekitar 23 dan 24 tahun.

 

 

 

 

 

 

“Kita bersyukur dapat menyiapkan single ini sebagai langkah pembuka album kedua The Adlys yang kini dalam proses pembikinan,” kata penyanyi itu.

Mangga Online bertemu dengan anggota kumpulan itu yang turut memeriahkan Nagaswara Music Awards 2010 di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. Kehadiran Mangga Online dibawa oleh Tropic Jaya yang banyak membawa masuk album artis seberang ke Malaysia.

“Kami juga harap dapat peluang untuk mengembangkan muzik kami ke Malaysia sebagaimana band Indonesia lain yang diterima baik di sana. Kalau ada kesempatan itu pastinya kami amat menyenanginya.

“Terima kasih kerana sudi menemuramah kami untuk siaran media di Malaysia,” tambah Adly yang menamakan kumpulan dengan namanya kerana mahu ambil semangat Bon Jovi.

Adly, 23, yang juga banyak mencipta lagu dalam album kumpulan itu juga teringin menceburi bidang lakonan kalau ada peluang. Kini dia memberi tumpuan kepada nyanyian dahulu.

 

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: