'Dia Ada Ciri Lelaki Idaman Saya'

22 Dec

TIDAK MENGAPA...Maya tidak keberatan meninggalkan tugasnya
sebagai pengacara Nona.

TIDAK MENGAPA…Maya tidak keberatan meninggalkan tugasnya
sebagai pengacara Nona.

KELIBAT Maya Karin Roelcke, 31, dan Yusry Abdul Halim, 37, di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya sekitar minggu lalu menarik perhatian pengunjung sehingga begitu pantas beritanya sampai ke pengetahuan media.

Meskipun kedua-dua mereka dilaporkan tampil dengan gaya bertopi, helah itu nyata tidak mampu mengaburi mata pengunjung. Kehadiran mereka juga menguatkan lagi desas-desus kononnya Maya dan Yusry sedang hangat dilamun cinta.

Justeru, kesempatan bertemu Maya di Carcosa Seri Negara di ibu kota pada Isnin lalu bersempena majlis pelantikannya sebagai duta baru Innershine Prune Plus, pemilik mata bersinar ini ditanya mengenai kebenaran gosip yang bertiup kencang itu.

“Alamanda? Yang baru-baru ini atau dua bulan lepas?” soalnya.

Pertanyaan Maya itu seolah-olah mengesahkan gosip yang diperkatakan adalah benar. Bahkan ini bukan kunjungan pertamanya bersama Yusry ke Alamanda.

“Iya, memang benar kami ke Alamanda. Kami menonton filem Narnia (Chronicles of Narnia: Voyage of The Dawn Treader) masa itu. Alah, keluar dengan kawan-kawan, tidak ada salahkan? Lagipun saya sudah lama mengenali Yusry, cuma kebelakangan ini saja kerap keluar bersama,” katanya.

Tambah Maya, selain Yusry dia mempunyai kawan lelaki yang rapat misalnya Bront Palarae dan Remy Ishak. Namun, persahabatannya dengan Yusry terlalu digembar-gemburkan.

“Mungkin kerana terlalu ramai orang yang menyayangi Yusry dan ingin melihat dia gembira serta bahagia sehingga saya sebagai salah seorang sahabat yang rapat turut diheret dalam hal ini,” katanya.

Akui Maya, persahabatannya dan Yusry adalah ikhlas, malah mereka saling menyokong kerjaya masing-masing. Malah, wanita berbintang Scorpio ini juga tanpa berselindung mengakui menyukai Yusry selain menyifatkan duda kacak itu memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

“Saya suka dia dan selesa berkawan dengannya. Lagipun, takkan kita berkawan dengan seseorang yang kita tidak suka. Yusry seorang yang serius dan ada masanya pandai buat lawak juga.

“Memang saya akui, ada beberapa ciri lelaki yang saya suka ada padanya. Biasanya, apabila kami berjumpa kami lebih banyak berbual soal kerja, filem dan skrip yang menarik untuk menghasilkan filem. Jarang sekali menyentuh hal peribadi,” katanya.

Kelihatan jelita dengan solekan ringkas dengan gaun rona ungu, Maya diasak pertanyaan media, sama ada dia menerima andai suatu hari ditakdirkan bercinta dengan Yusry.

“Saya tak tahu apa yang akan jadi dalam masa satu tahun atau dua tahun akan datang kerana saya manusia biasa tidak mampu meramalnya. “Apa yang pasti buat masa sekarang, kami berteman biasa saja dan persahabatan kami ikhlas. Terus terang, saya mahupun Yusry tidak pernah membincangkan hal ini atau terfikir mengenai hal ini sebagaimana kalian (media) fikirkan,” katanya tidak pernah merujuk Yusry atau sesiapa saja untuk sesuatu tawaran atau watak kerana percaya pada nalurinya.

Sekadar mengimbas, perkenalan antara Maya dan Yusry bukanlah baru kerana mereka pernah digosipkan pada 2001 ketika digandingkan sebagai penghias muka depan satu majalah dan sama-sama berlakon filem Mr Cinderella 2 yang turut dibintangi Erra Fazira.

Ketika itu, Yusry bercinta dengan Erra dan mereka berkahwin begitu juga Maya, tetapi berhubung semula apabila kedua-duanya kembali solo.

Mengenai tugasnya sebagai pengacara Nona yang kini berganti tangan kepada pelakon cantik manis, Vanidah Imran untuk musim baru tahun depan, kata Maya, tinggal satu lagi episod yang perlu dilaksanakannya.

Akui Maya, sebenarnya dia tidak keberatan sekiranya khidmatnya tidak disambung untuk mengacarakan program itu kerana 2010 adalah tahun yang cukup memenatkan baginya.

“Selain terikat dengan penggambaran dua filem dan beberapa program lain, saya juga melalui proses latihan yang panjang untuk pementasan Natrah.

“Kadang-kadang saya rasa penat sangat untuk menjalani penggambaran Nona. Jauh di sudut hati, memang terasa sedih juga meninggalkan program yang cukup saya minati itu, tetapi ada baiknya keputusan ini kerana saya bimbang hilang tumpuan dan jika tidak mampu memberikan yang terbaik,” katanya.

Untuk 2011, Maya bakal membintangi filem terbitan produksi popular yang akan menjalani penggambaran sekitar Februari nanti.

Tahun sama juga, wanita kacukan Melayu-Inggeris ini akan menemui peminat menerusi filem Cun yang menyaksikan gandingannya bersama Remy Ishak, manakala dalam Ombak Rindu berganding dengan Aaron Aziz.

Kedatangan tahun baru juga cukup menerujakan Maya apabila album ketiganya yang diterbitkan Audi Mok dijangka menemui peminat selepas tujuh tahun menyepi tanpa sebarang album.

Waktu sama, Maya sibuk dengan tugasnya sebagai duta Inner Shine Prune Plus.

Katanya, dia mencuba produk itu selama sebulan untuk melihat keberkesanannya sebelum menandatangani persetujuan dua minggu lalu.

“Sebelum ini sekali-sekali saya mengambilnya. Namun, secara tetap adalah sejak enam bulan lalu di mana setiap hari tidak pernah sekalipun terlupa meminum pati ini.

“Pati Inner Shine ini cukup membantu dan saya dapat rasa kebaikannya ketika saya menjayakan pementasan Natrah yang penat macam nak mati itu. Selain memberikan tenaga, pati ini membantu saya tampak ‘segar’ di pentas walaupun sebenarnya sedang keletihan,” katanya.

PROFIL:
NAMA: Maya Karin Roelcke
TARIKH LAHIR: 29 Oktober 1979
UMUR: 31 tahun
BINTANG: Scorpio
FILEM:
Sri Dewi Malam (2001)
No Problem (2001)
Mr. Cinderella 2 (2003)
Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
Tujuh Perhentian (2004)
Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)
Waris Jari Hantu (2007)
1957: Hati Malaya (2007)
Anak Halal (2007)
Duyung (2008)
Punggok Rindukan Bulan (2008)
Pisau Cukur (2009)
Taming Sari (2010)
Cun (2010)
PROGRAM TV:
Wavelength, TV3 (2000)
Ratu Sehari Astro, RIA (2004)
Beauty Secrets From The East (2005)
Channel [V] (2004-2007)

ALBUM:
Erti Cinta (2001)
Bukan Qalamaya (2004)

ANTARA ANUGERAH:
Artis Baru Wanita Popular (ABPBH2001)
Aktres Terbaik Festival Filem Asia-Pasifik (2004)
Aktres Terbaik Estepona Fantasy and Terror Film Festival (2005).

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: