Filem Menarik Rai 2011

22 Dec

TINGGAL kira-kira seminggu lagi untuk kita melangkah ke 2011 dan meninggalkan 2010. Justeru bagi mengisi kemeriahan itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 Dunia Ria, akan menghidangkan himpunan filem menarik khas buat penonton.

Biarpun ada yang ambil kesempatan bersiar-siar ketika cuti sambutan tahun baru, masih ada berminat menonton TV di rumah. Himpunan filem menarik ini dimulakan dengan filem animasi Lilo & Stitch pada 1 Januari, jam 10 pagi. Filem terbitan Walt Disney Animation Studios ini mengisahkan Dr Jumba Jookiba dibicarakan atas sebab eksperimen genetik yang tidak sah, termasuk Eksperimen 626, makhluk agresif dan licik. 626 dibuang negeri di atas asteroid.

Setelah penat bergelak ketawa melihat gelagat Lilo dan rakannya Stitch, pada jam 3.30 petang penonton akan tersentuh dengan filem arahan Gabriele Muccino yang diadaptasi daripada novel The Pursuit of Happiness. Ia mengisahkan perjalanan hidup Chris Gardner yang berlaku sekitar 1980.

Seterusnya, pada jam 11 malam, penonton dapat menyaksikan filem fiksyen X-Men 2 (X Men United) lakonan Patrick Steward, Hugh Jackman, Ian McKellen dan Halle Berry. Ia mengisahkan mutan yang harus meneruskan perjuangan dalam menentang masyarakat yang takut dan tidak mempercayai mereka. Tujuan mereka menjadi lebih terdesak apabila berlaku serangan besar oleh penyerang yang tidak diketahui asalnya dan mempunyai kebolehan luar biasa. Serangan mengejutkan itu membangkitkan semula tentangan politik dan awam terhadap Akta Pendaftaran Mutan dan pergerakan anti-mutan yang dipimpin William Stryker.

Keesokannya pada 2 Januari, penonton yang meminati nyanyian dan tarian Miley Cyrus, akan dihiburkan dengan nyanyian dan tariannya menerusi Hannah Montana & Miley Cyrus: Best Both World Cancer pada jam 4 petang. Konsert berkonsepkan 3D ini berkisar kepada kisah belakang tabir sebelum Miley memulakan persembahan. Setelah puas dihiburkan dengan aksi hebat Hannah Montana & Miley Cyrus: Best Both World Concert, sebuah filem menarik lakonan Hans Isaac, Rusdi Ramli, Erra Fazira dan Ziana Zain akan menemani anda jam 10 malam. Filem Qabil Khushry Qabil Igam hasil tulisan Azlina Pa’wan dan arahan Zaili Sulan ini adalah kisah cinta dua beradik, Qabil Khushry dan Qabil Igam. Qabil Khushry sangat sayang kepada adiknya sejak adiknya dalam kandungan ibunya lagi. Ketika dewasa, Rani jatuh cinta kepada Khushry manakala adiknya, Karisma memuja Iqam walaupun pada awalnya Karisma tidak dapat menerima kenakalan Igam. Filem ini mempunyai banyak pengajaran yang dapat dijadikan iktibar kepada masyarakat.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: