Konsert Terima Kasih Astro Ria

22 Dec

SEKALIPUN hujan lebat di sebelah petangnya, namun Konsert Ria 2010 tetap mendapat sambutan hangat dan berlangsung dengan penuh bertenaga di I-City, Shah Alam, Selangor, malam Ahad lalu.

Malah, ia membabitkan 20 artis terkenal.

Konsert bermula pada jam 8.30 malam itu ‘dipanaskan’ dengan persembahan rancak AC Mizal menerusi lagu Celebration bertepatan dengan tema meraikan kedatangan tahun baru 2011 yang akan disambut seluruh dunia tidak lama lagi.

Bagi ‘meneruskan’ aura kemeriahan yang sudah bermula, naib juara Akademi Fantasia 8 (AF8) Adira muncul menghiburkan penonton dengan dua lagu popularnya, Ku Ada Kamu dan Ilusi. Aksi dua juara AF, Mawi dan Stacy dengan persembahan rancak dan bertenaga berjaya menarik pengunjung membanjiri kawasan I-City bertali arus tanpa henti. Justeru, tak dinafikan kira-kira 15,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahan artis seperti Anuar Zain dan M Nasir.

Tidak terkecuali, tentunya peminat artis dari negara seberang, Ahmad Dhani yang muncul dengan kumpulan barunya, T.R. I. A.D selain turut menghiburkan penonton dengan gandingan kumpulan The Lucky Laki dianggotai anak-anaknya. Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata pihaknya sangat berbesar hati dengan sambutan hebat yang diberikan pengunjung. Katanya, sebagai saluran hiburan yang menjadi pilihan penonton Astro Ria (saluran 104) sangat berterima kasih.

“Penganjuran Konsert Ria 2010 bukan saja sempena menutup tirai tahun ini, tetapi penghargaan kami kepada penonton yang banyak memberikan sokongan. “Ini adalah platform terbaik bagi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) secara am dan khususnya Astro Ria.

“Sokongan yang tak berbelah bagi penonton diakui menjadi inspirasi dan menambahkan semangat kami di Astro Ria untuk terus mengorak langkah tanpa henti dalam menyediakan program terbaik. Apa yang diharapkan adalah penonton terhibur.

“Menerusi konsert ini juga, kami cuba mengembalikan kenangan penonton terhadap kegemilangan program disiarkan Astro sepanjang 2010. “Antara program yang mendapat maklum balas positif seperti AF8, Kau Dan Aku 2, Mari Menari, Raja Lawak, Anda Ada 60 Saat dan Kamilah Bintang.

“Selain itu, ini juga adalah masa terbaik bagi Astro Ria sendiri untuk memperkenalkan beberapa program baru kami kepada penonton seperti Astana, 1,2, 3… Tukar dan Serasi Bersama. Begitu juga dengan musim baru drama Awan Dania 3,” katanya.

Menurut Azlin lagi, penonton di konsert itu juga memiliki peluang keemasan untuk bertemu dengan dekat barisan artis kegemaran mereka. Jika sebelum ini, penonton bertungkus-lumus mengundi bintang kesukaan mereka di AF, kini hiburan untuk anda.

Katanya, tanpa peminat siapalah artis. Jadi, dengan sokongan diberikan itu membantu seseorang artis berada di tahap sekarang. Apapun, di sebalik kemunculan artis baru yang ramai, tidak boleh juga dilupakan jasa daripada artis generasi lama.

Konsert percuma yang diterbitkan Astro Ria ini akan dapat ditonton tayangannya pada 1 Januari 2011, jam 9 malam. Apapun, kehangatan rakaman Konsert Ria 2010 itu berakhir kira-kira jam 3 pagi. Apapun, menariknya pengunjung begitu sabar menunggu.

Malah, persembahan kumpulan rock XPDC menerusi lagu Puing CInta, Semangat Yang Hilang dan Apa Nak Dikata nyata mendapat sambutan hebat. Bukan saja penonton ikut sama menyanyi, tetapi yang pasti ‘rocker’ era 80-an ini masih menyengat.

Begitu juga persembahan vokalis Alleycats, Datuk David Arumugam dengan lagu Sekuntum Mawar Merah dan Sampaikan Salam. Bahkan, persembahan Black menerusi lagu popularnya Aku Rindu Sayang Kamu dan Sofea Jane juga sangat menghiburkan.

Malah, kemunculan Stacy dengan lagu Jahat juga mendapat sorakan hebat. Tidak terkecuali persembahan dari beberapa artis lain seperti One Nation Emcee, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, Aizat, Alttimet, Tilu, hmad Dhani dan pastinya Anuar Zain.

Penonton juga nampaknya begitu terhibur dengan persembahan kumpulan The Lucky Laki dengan lagu popular mereka, Bukan Laki-Laki dan Sahabat. Manakala, Ahmad Dhani pula muncul dengan lagu Pengeran Cinta, Sedang Ingin Bercinta dan Madu 3.

Dihoskan penyampai radio dan pengacara popular, Raja Azura dan Reza Mohamed, Konsert Ria 2010 turut mengetengahkan penampilan istimewa beberapa penyampai radio lain seperti Ray (Era FM), Hanif (Era FM), Dina Nadzir (Era FM) dan Jamal Jamaluddin (Sinar FM).

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: