Tiga Tersingkir, Lima Ke Akhir

22 Dec

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar MOHD. SHAHARANI SAIBI


TIGA peserta IK3 yang tersingkir iaitu (dari kiri) Farra, Angel dan Afif.

PERJUANGAN peserta Idola Kecil musim ketiga (IK3) akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila lima peserta bakal berentap di pentas akhir IK3, pada 25 Disember ini.

Peringkat akhir IK3 bakal bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pukul 9 malam menerusi TV9.

Dan konsert keenam IK3 yang berlangsung pada malam Sabtu lalu di TV9 menyaksikan tiga peserta iaitu Angel, Afif dan Farra terpaksa akur dengan keputusan juri yang tidak memihak kepada mereka sekali gus menamatkan perjuangan mereka.

Mereka yang berjaya melangkah ke peringkat akhir ialah Balqis, Shazlin, Harris, Hadi dan Puteri.

Melihat kepada persembahan kelapa-lapan peserta minggu lalu, masing-masing memberikan persembahan mantap. Juri tetap IK3, Atilia dan juri jemputan, Noryn Aziz sendiri mengakui sukar membuat keputusan mereka yang layak ke peringkat akhir.

Berbanding tahun lalu, peserta akhir IK2 yang dibawa ke final ialah enam orang . Pengurangan seorang peserta akhir tahun ini menurut penerbitnya, Nurul Ashikin Halim, sebagai mewujudkan persaingan yang lebih kuat di kalangan peserta.

Merebut hadiah utama RM10,000 bagi juara, RM5,000 bagi naib juara dan RM3,000 bagi tempat ketiga jelas Nurul Ashikin, peserta akhir bagi musim kali ini dilihat menepati apa yang diinginkan oleh pihak TV9 dalam mencari idola di kalangan kanak-kanak.

“Terus-terang, kami susah hendak membuat keputusan kerana semua peserta yang berentap pada malam ini (Sabtu lalu), bagus-bagus dan berbakat.

“IK3 bukan hanya medan mereka menyerlahkan bakat tetapi secara tidak langsung dapat memupuk semangat setia kawan, berdikari dan persaingan secara sihat di antara mereka.

“Dan untuk pemilihan ke akhir malam ini, markah sebenarnya dikumpul daripada hari mula mereka berada dalam IK3.

“Biarpun pernah ada artikel yang menyatakan bahawa mereka menyanyikan lagu-lagu yang tidak bersesuaian dengan usia kanak-kanak mereka namun, bagi kami ia hanya sebagai hiburan halwa telinga semata-mata,” katanya.

Bercerita tentang format pertandingan akhir, jelas Nurul Ashikin, peserta bakal menyanyikan dua buah lagu iaitu sebuah lagu baru yang diciptakan khas buat mereka dan sebuah lagu cover version berbahasa Melayu.

Tersingkir

Afif, Angel dan Farra yang gagal meneruskan perjuangan ternyata sedih menerima keputusan tersebut sehingga tangisan terbawa-bawa ketika sesi temu ramah diadakan.

“Saya terkilan dan menyesal sebab sudah sampai ke minggu keenam tetapi tidak dapat masuk final. Bagaimanapun, saya reda dengan keputusan Tuhan.

“Dari segi persembahan pada malam ini saya sudah buat yang terbaik dan mungkin rezeki tidak memihak pada saya,” kata Afif dengan nada sayu.

Bagi peserta genit, Farra, biarpun sedih dengan keputusan tersebut namun, dia berazam untuk terus mencuba dalam pelbagai pertandingan nyanyian selepas ini.

“Saya tidak sangka tersingkir sebab sudah buat yang terbaik. Namun, saya akan mencuba pula untuk menyertai pertandingan lain. Mungkin di sini bukan rezeki saya.

“Kepada kawan-kawan yang berjaya saya nak ucapkan selamat berjaya. Nanti jangan lupa pada kami yang tidak berjaya. Bila sudah menang nanti janganlah berbangga diri dan mesti ingat sampai bila-bila,” kata Farra.

Sementara itu, Angel yang turut mengalirkan air mata ketika di temu ramah menyatakan bahawa dia sesungguhnya berbangga kerana dapat sampai ke minggu yang keenam.

“Selama enam minggu dah belajar banyak perkara dan sudah lakukan yang terbaik dalam persembahan,” katanya yang menyampaikan lagu Pakai Buang daripada Stacy minggu lalu.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: