Borak Lokasi: Ubah Kilang Jadi Kubu Gangster

23 Dec

“IMEJ botak memang identiti dikenali di lokasi supaya memberi inspirasi dan semangat sewaktu bekerja bersama rakan kru. Memandangkan telefilem memaparkan aksi gangster, props mesti menggambarkan peralatan perlu ada bersama mereka.

Antaranya pistol, rotan, parang, tali belati, rantai dan kayu. “Secara keseluruhan, aspek teknikal menjadi perhatian supaya ada impak. Kreativiti perlu termasuk tugas menghias bilik tidur dan babak mangsa diikat. “Saya tak menang tangan membantu jurusolek, Suzana Ismail dan pembantu jurukamera, Sime (Shamsul Akmal Asmuni). Selaku jurugambar bebas, dia cekap memperkemaskan wajah pelakon. Pengalaman Shamsul banyak membantu fotografi produksi walaupun menjadi pemain dram studio.

“Penggambaran di luar bermakna banyak kotak tisu perlu ada untuk mengelap peluh. Solekan dalam cuaca berbahang membuat solekan cepat pudar.

“Paling mencabar sudah tentu berada pada salah satu lokasi di sebuah kilang lama ditinggalkan. Bukan saja tempat berhabuk serta kotor, malah kru terpaksa mengubahsuai keadaan persekitaran menggunakan kotak dan kayu untuk mendapatkan suasana kubu gangster. “Sebelum ini, tugas propmaster paling mencabar adalah menerusi drama bersiri Melodi Terindah membabitkan kerjasama produksi dua negara arahan bersama MP Roslin (Malaysia) dan Tono (Indonesia).

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: