Haris Abdul Enggan Menyerah

23 Dec

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


HARIS Abdul meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk album keempatnya, Meletop.

MULA menceburi bidang seni 10 tahun lalu, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini menyimpan angan-angan yang cukup tinggi untuk bergelar seorang penyanyi.

Minat yang dipupuk sedari kecil telah mendorong Abdul Haris Othman atau nama pentasnya, Haris Abdul untuk terus mencari peluang merakamkan album.

Hatinya berbunga riang apabila ditawarkan peluang untuk melahirkan album pertamanya pada tahun 2000.

Entah di mana silapnya, album itu gagal mempopularkan dirinya untuk sebaris dengan penyanyi lelaki popular sedia ada.

Begitu juga dengan tiga album yang lahir selepas itu semuanya gagal menyerlahkan nama Haris Abdul di persada seni tanah air.

Bukan mahu menuding jari kepada sesiapa tetapi dia percaya kepada kehendak takdir yang barangkali sudah mengatur langkah terbaik untuknya.

Sebagai seorang yang tidak pernah kenal erti putus asa, dia bingkas bangkit dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengurusan barunya, Masa Entertainment & Productions dalam menyusun strategi terbaik untuknya.

Bakal tampil dengan album keempat berjudul Meletop, Haris Abdul mengharapkan album tersebut akan diterima baik oleh khalayak dan pencinta muzik tanah air.

Apatah lagi album itu katanya, memiliki 10 buah lagu yang mampu menepati cita rasa penggemar muzik dari pelbagai genre.

‘Walaupun sudah 10 tahun dalam industri, saya akur dan mengaku bahawa nama saya belum lagi dikenali. Tetapi, itu bukan satu halangan buat saya untuk terus mencari peluang dalam bidang ini.

‘Kerana itu saya yakin album keempat ini boleh membawa saya pergi jauh dalam industri dan meletakkan nama saya setanding dengan penyanyi lelaki yang lain,’ katanya dalam nada yang penuh yakin ketika ditemui di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Walaupun ada pihak pengurusan yang menyusun jadualnya kini, seboleh-bolehnya Haris Abdul tidak mahu menyerahkan bulat-bulat kepada mereka.

‘Sebagai seorang artis, saya memang perlu ambil tahu tentang segala-galanya demi kebaikan sendiri. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali dan saya banyak belajar daripada pengalaman lalu,’ ujar guru kaunselor di salah sebuah sekolah menengah di Selangor ini lagi.

Berbicara lanjut tentang album yang diedarkan oleh Sony Music itu, Haris Abdul melahirkan rasa puas hatinya yang tidak terhingga dengan produksi album berkenaan.

Lagu-lagu seperti Ku Yakin, Suara Hati dan Mekar Selamanya misalnya, memiliki nuansa pop yang berbeza dengan muzik sedia ada.

‘Untuk merakamkan lagu itu juga memiliki cabarannya kerana memerlukan penghayatan yang cukup mendalam.

‘Mujurlah dengan bantuan komposer dan penerbit album saya, semuanya dapat dilakukan dengan mudah,’ katanya yang menjangkakan lagu Mekar Selamanya akan dimainkan di corong radio tidak lama lagi.

Mahu membuktikan dirinya seorang yang versatil, Haris Abdul juga telah merakamkan sebuah lagu asli berjudul Ku Katop Pintu Hati Buatmu.

Sekadar memberikan kelainan pada tajuk lagu dengan penggunaan perkataan katop yang membawa maksud tutup dalam loghat Kedah, Haris juga optimis ia mampu memikat hati peminat lagu tradisional.

‘Saya juga telah merakamkan kembali dua buah lagu lama iaitu Toyol dan Aku Yang Kau Panggil Sayang khusus untuk memancing minat golongan kanak-kanak dan dewasa,’ katanya sambil dipersetujui pengurus, Mas Omar di sebelahnya.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: