Ingin Duet Dengan Sheila

23 Dec

LAZIMNYA bila diajukan kepada artis lelaki khususnya yang bergelar penyanyi, mereka akan mengaitkan nama-nama penghibur antarabangsa seperti John Lennon, Bob Marley dan Elvis Presley ataupun artis tempatan, M Nasir, Amy Search, Awie, Hattan, Ramli Sarip atau Jamal Abdillah sebagai idola.

Berbeza dengan pemuda ini, Nor Rasfan Shah Shah Rudin (Asfan), 26, kerana mengagungkan muzik serta kebolehan ratu jazz, Datuk Sheila Majid.

Asfan bukan saja amat mengagumi Sheila dari segi personaliti dan kemampuannya sebagai penghibur, tetapi juga muzik yang dibawanya.

“Saya belum nampak ada mana-mana penyanyi yang benar-benar berjaya dengan muzik jazz seperti Datuk Sheila. Impian saya memang kalau boleh teringin sangat nak berduet dengan beliau. Tetapi saya sedar siapa diri saya dan mungkin impian itu hanya sekadar angan-angan,” katanya.


Cintanya pada Sheila mendorong Asfan mengkaji keindahan muzik jazz secara mendalam lebih-lebih lagi ketika menuntut di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dalam jurusan Major in Classical Vokal.


Pun begitu, sempena pengenalannya di arena seni suara, Asfan yang mempertaruhkan single pertama Terhenti Disini memilih ‘modern rock’ kerana akur dengan kehendak pasaran.

“Saya minat jazz tetapi untuk merakamkannya, bukan sekarang kerana sampai saat ini genre itu masih berat untuk diterima. Hasil daripada perbincangan dengan syarikat rakaman, Alibi Music juga mereka beri cadangan supaya tampil dengan konsep moden rock. Ia lebih mesra pendengar dan radio.

“Tidak menolak idea itu kerana muzik sebegitu juga sesuatu yang saya punya dalam jiwa apatah lagi saya sememangnya seorang yang agresif.

“Cuma apa yang saya tekankan adalah dari segi nyanyian di mana saya menyuntik unsur ‘soulful’ dalam mainan vokal,” katanya.

Boleh bermain alat muzik seperti gitar, pereka grafik sambilan ini pernah menyertai pertandingan One In A Million dan MyStarz LG. Dia layak menjadi 20 peserta terbaik dalam kedua-dua pertandingan realiti itu. Meskipun kandas, Asfan bersyukur kerana impian menjadi penyanyi tercapai melalui peluang diberikan Alibi.

Bercerita mengenai Terhenti Disini, lagu itu pada awalnya adalah kolaborasi Asfan & 14 Days. Lagu itu pernah bertahan dalam carta stesen radio ria Singapura selama 36 minggu.

“Pada awalnya, lagu itu adalah projek khas antara saya dan 14 Days, namun melalui perbincangan dengan pihak atasan Alibi Music yang tertarik dengan lagu itu, mengesyorkan saya menyanyikan secara solo.

“Pihak Alibi sendiri meminta kebenaran bagi pihak saya untuk merakamkan lagu itu dan komposer lagu itu, Kalysa termasuk 14 Days memberikan lampu hijau.

“Untuk versi solo, susunan muziknya diubah suai sedikit tetapi melodinya masih dikekalkan. Lagu ini menceritakan lelaki dan dua wanita yang mana seorang daripadanya cuma dianggap teman biasa. Namun, wanita itu tersalah sangka. Di antara mereka juga wujud orang ketiga,” katanya.

Asfan berharap Terhenti Disini mendapat sambutan baik daripada pendengar sekaligus pembuka jalan untuknya menjadi artis dikenali.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: