Konsert GEMURUH DT Tutup Tirai 2010

23 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Selepas kejayaan Konsert GEMURUH DT di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Penang pada 18 Disember lalu, Wings dan Search bakal menutup tirai persembahan tahun 2010 di Surf Beach @ Sunway Lagoon pada 25 Disember ini.

RYE Productions dan DiGi Telecommunications cukup optimis lokasi itu dapat mencatatkan rekod bilangan penonton yang luar biasa sementelah ramai yang melahirkan rasa kecewa apabila gagal menonton persembahan Double Trouble di tiga buah lokasi sebelum ini.

Apa yang membanggakan, Search dan Wings merupakan dua kumpulan rock pertama tempatan yang diberi peluang mengadakan konsert di Surf Beach @ Sunway Lagoon yang sudah semestinya satu pengiktirafan untuk legenda rock seperti mereka.

Dua band otai ini bakal mendendangkan rangkaian lagu-lagu popular seperti Gadisku, Issabella, Pawana, Pelesit Kota,Rozana, Misteri Mimpi Syakilla, Bujang Senang, Opera Hidup, Sejati dan banyak lagi. Tidak dilupakan gabungan mantap mereka menerusi lagu Gemuruh iaitu lagu tema buat peminat Double Trouble yang telah melayakkan mereka menerima anugerah platinum berkembar atas kejayaan album tersebut yang telah terjual sebanyak 180,000 unit sekitar tahun 1992.

Malahan untuk memberi nafas segar dan sebagai tanda persembahan penutup tirai 2010, sebanyak 8 lagu persembahan Search dan Wings akan diiringi dengan assemble string professional. Tidak ketinggalan sebagai tanda penghormatan untuk Search & Wings, Azlan Typewriter, Hillary Ang dan Sham Wings akan bergabung dan membuat persembahan pembukaan pada hari tersebut.

 

Nak Dapatkan Tiket?

Tiket-tiket Konsert Gemuruh DT ini boleh didapati pada harga RM70 dan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih pihak penganjur untuk peminat-peminat,  istimewa untuk mereka yang membeli empat (4) tiket akan memperolehi satu tiket percuma.

Tidak terkecuali, sebagai penaja rasmi Konsert Gemuruh DT ini, DIGI juga menawarkan diskaun sebanyak 30% untuk 3000 keping tiket yang akan dijual pada harga RM49 sahaja dan setiap pembelian untuk 2 tiket akan memperolehi 1 tiket percuma (Tertakluk kepada terma &syarat). Untuk memudahkan dan member kesenangan kepada peminat peminat serata ibu kata, beberapa kaunter tambahan jualan tiket akan dibuka seperti dibawah :

Tarikh        : 21 Disember 2010 hingga 25 Disember 2010
Masa        : 10 am

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: