Maher Zain Datang Lagi

23 Dec

PENYANYI dari Sweden yang dilahirkan di Lubnan, Maher Zain, yang mencetuskan fenomena luar biasa kepada peminat lagu kerohanian dan ketuhanan bertandang lagi ke negara ini.

Kedatangannya kali ini untuk menjayakan Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain bagi membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia menyumbang kepada pengumpulan dana pengoperasian Rumah Titian Kaseh (RTK). Rumah itu adalah rumah perlindungan untuk membela nasib anak yatim piatu, anak yang terbiar dan ditinggalkan. Di samping itu rumah itu juga menempatkan orang kelainan upaya (OKU), warga emas yang terbiar, fakir miskin, ibu tunggal serta wanita yang dianiaya dan didera. Malah, mereka yang malang dan terpinggir dari masyarakat juga diberi perlindungan di sana. Program itu anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy, Alumni ESQ dan Pusat Perlindungan Pernim itu akan diadakan pada 26, 27 dan 28 Disember ini di Summit Hotel, Subang USJ bermula jam 8 hingga 11 malam. Pengarah Harmony Excellence (agensi umrah) Nor Hashim Abdullah, 43, objektif utama penganjuran malam amal itu untuk meneruskan jualan lot wakaf Rumah Titian Kaseh bagi membeli rumah yang selama ini mereka sewa.

“Jualan 3,000 lot wakaf ini sudah pun dilancarkan pada Julai lepas, sempena Malam Amal Titian Kaseh 2010. Selain itu, ia juga bertujuan mengumpul dana pengoperasian Rumah Titian Kaseh agar dapat memberikan keselesaan kepada penghuninya, di samping membolehkan mereka mendapat bimbingan dan pentarbiahan dengan sempurna,” katanya. Pada malam itu nanti, Maher Zain akan menyampaikan lagu daripada albumnya, Thank You Allah. Selain itu, majlis juga turut diserikan dengan persembahan daripada anak Rumah Titian Kaseh dan artis nasyid tempatan antaranya Rabbani, Diwani, Devotees, Demascus dan Marjan.

“Pihak kami membuka ruang kepada semua untuk bersama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk kewangan, barangan dan pembelian meja,” katanya. Melalui pembelian meja, penganjurkan menawarkan empat pakej utama, Meja Cinta berharga RM10,000), Meja Kasih (RM5,000), Meja Sayang (RM3,000) dan Meja Ukhwah (RM2,000). Setiap sumbangan yang diberikan akan mendapat pengecualian cukai pendapatan dan pendapatan bersih daripada program akan diserahkan kepada Rumah Titian Kaseh dan Pusat Perlindungan Pernim.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: