SOSEHSOSEH: Erma Kena Bedah Di Perut

23 Dec

SS tengok sekarang Erma Fatima bukan semakin sibuk lagi mengarah drama dan teater. Dengan kesibukannya yang bertali arus itu, SS yakin makan minum dan waktu tidurnya pun dah jadi tak menentu.

Sampaikan khabarnya, sebaik saja selesai pementasan teater Natrah 2, dia terus dimasukkan ke hospital kerana perlu dibedah perut? Kenapa pula? Selepas siasat punya siasat, SS dapat tahu Erma terpaksa menjalani pembedahan appendiks, Isnin lalu. Mujurlah ia segera dikesan sebab kalau terlambat atau pecah, ia boleh mengundang maut.

Kata rakan SS, syukur alhamdulillah, selepas dua hari di wad, Erma sudah dibenarkan pulang kerana dia sendiri yang mahu keluar dari wad itu.

Sebagai anak seni yang bertanggungjawab terhadap kerjanya, sakit-sakit pun, Erma masih berjalan ke sana ke mari.

Salah satunya adalah menyempurnakan tugasnya sebagai juri Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) untuk satu kategori. ASK2010 akan berlangsung Jumaat ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Awal Ashaari bersama Vanidah Imran.

SS harap, Erma jagalah kesihatannya dan jangan lupa makan ubat dan berpantang. Dalam keinginan untuk melakukan yang terbaik bagi semua orang, dahulukan diri sendiri kerana kesihatan itu sangat berharga. SS juga dapat tahu Erma akan mengarahkan drama bersiri Natrah untuk siaran TV. Sebelum ini, Erma pernah bercerita pada rakan SS dia pernah mengemukakan cadangan untuk menerbitkan Natrah sebanyak 26 episod kepada RTM. Ini kerana dalam drama dia dapat berkongsi lebih banyak kisah menarik mengenai Natrah, ibu angkatnya, Che Aminah, suaminya, Mansor Adabi dan keluarga kandung di Belanda. Berbanding dengan pementasan teater, durasinya sangat terhad dan Erma tidak puas melontarkan ideanya itu. Bagaimanapun, ketika itu, pihak RTM menolak hasrat hatinya itu dengan alasan tiada ‘fulus’ yang cukup (bajet). Kemudian barulah Astro Citra menerbitkan Natrah untuk mengisi slot Suatu Ketika sebanyak empat episod. Ia lakonan Juliana Evan sebagai Natrah, Sherry Merlis dan Natasha Hudson. Nampaknya dengan perkembangan terbaru, tentu Erma gembira kerana akhirnya impiannya akan terlaksana juga dan mungkin kerana itu juga Erma begitu bersemangat bekerja walaupun baru keluar hospital. Malah, Erma juga menawarkan Datuk Paduka Shuhaimi Baba untuk menerbitkan dokumentari Natrah bagi menyokong projeknya itu.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: