Will Smith, Mark Wahlberg Ditawar Bertinju

23 Dec

LOS ANGELES 22 Dis. – Seorang penganjur tinju Amerika Syarikat (AS) menawarkan AS$1 juta (RM3.1 juta) kepada Will Smith dan Mark Wahlberg untuk bertarung dalam satu gelanggang tinju di Las Vegas tahun hadapan.

Sekiranya ia menjadi realiti, ia akan menjadi perlawanan tinju artis terbesar selepas ‘pertarungan’ Ricky Gervais dan Grant Bovey.

Bagi artis senarai A Hollywood yang boleh menuntut gaji berjuta-juta dolar untuk satu filem, tawaran bertinju dengan ganjaran sebanyak itu mungkin tidak seberapa.

Namun bagi penganjur Persekutuan Tinju Hollywood, Damon Feldman sikap dermawan para pelakon itu adalah keutamaan baginya, di mana kesemua wang tersebut akan didermakan ke tabung amal pilihan mereka.

Smith dan Wahlbeg adalah calon utama untuk berlawan bagi Feldman, orang yang bertanggungjawab menganjurkan beberapa siri pertarungan artis sebelum ini kerana kedua-dua mereka pernah mempelajari teknik tinju untuk lakonan masing-masing.

Smith membawa watak sebagai Muhammad Ali dalam biografi Ali manakala Wahlberg juga pernah memegang watak peninju dari Ireland, Micky Ward dalam sebuah filem David O Russell, The Fighter.

Walaupun umur kedua-dua bintang ini lebih kurang sama iaitu Smith, 42, dan Wahlberg, 39, namun kedua-dua pelakon ini memiliki berat dan ketinggian yang berbeza. Smith mempunyai ketinggian 1.88 meter dan dalam katogeri heavyweight dalam filem Ali manakala Wahlberg mempunyai ketinggian 1.75 meter iaitu welterweight dalam The Fighter.

“Ini adalah peluang besar kepada kedua-dua bintang itu untuk bertarung di Superbowl of Hollywood dan mereka berpeluang untuk menderma.

“Ia juga akan menjadi satu acara yang bagus,” kata Feldman kepada RadarOnline.com.

Sekiranya Smith dan Wahlberg bersetuju, pertarungan tersebut akan diadakan di Las Vegas pada 26 Februari tahun hadapan. – AGENSI

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: