Borak Lokasi: Kamera Canggih Mudahkan 'Syot'

24 Dec

“PENGALAMAN menimba pengalaman bersama beberapa pengarah hebat mematangkan diri di lokasi. Setiap lokasi menawarkan cabaran tersendiri berbeza. Pendek kata, setiap lokasi pasti ada pengalaman dan pendekatan baru didapati.

“Selaku pengarah fotografi bebas, saya cuba berikan idea terbaik supaya rakaman kemas dan menarik. Bagi saya, penggambaran setiap babak tidak sukar kerana sudah lebih 20 tahun menceburi bidang fotografi video.

“Antaranya bersama Syamsul Yusof menerusi filem Evolusi KL Drift, Ahmad Idham menerusi Rempit, Bade Azmi, Aziz M Osman dan Azmi Hatta dalam banyak karya untuk TV dan pawagam. “Saya ibaratkan banyak syot spontan. Proses suntingan dibuat dengan cepat memandangkan imej mudah dirakam melalui 70 peratus babak berlaku di luar bangunan. Hanya sedikit gangguan bunyi yang mudah diperkemaskan. Lagipun, kamera canggih memudahkan proses penggambaran. “Sekarang semuanya cepat berbanding terutama aspek pencahayaan satu ketika dulu yang membuatkan kru terpaksa bekerja lebih keras. Silap mengadun cahaya boleh menyebabkan muka pelakon nampak ‘lebam’ dan apabila ia berlaku, sudah tentu membuatkan pengarah fotografi tidak puas hati.

“Apapun, saya berharap industri perfileman kita diberi lebih banyak kebebasan untuk mengembangkan kreativiti masing-masing.”

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: