Datuk AC Mizal Bimbang Sultan Murka

24 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

ManggaOnline (MO) tahu ada yang masih ragu-ragu mengenai soal gelaran yang disandang AC Mizal tika ini. Sudahkah upacara perlantikan dilaksanakan?

Namun sewaktu ditemui di sidang akhbar Teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya yang menyaksikan AC memegang watak Aziz, rakan Tun Mahathir, AC mengesahkan gelaran tersebut diterima daripada Sultan Pahang dan sudah mula menggunakannya.

“Saya tertanya-tanya juga bolehkah saya menggunakan gelaran Datuk sebab upacara belum lagi dilaksanakan. Namun apabila disoal kepada Setiausaha Kerajaan Pahang, dia bertanya kepada saya, jikalau Sultan sudah berikan gelaran dan kita tidak memakainya, adakah Sultan akan murka?

“Saya kena pakai gelaran ini kerana Sultan menganugerahkannya. Saya takut jika Sultan murka. Saya kena jelaskan di sini sebab tak mahu orang persoalkannya lagi,” ujar AC yang menerima darjah kebesaran itu Oktober lalu.

Mengakui tahun 2010 merupakan cabaran terhebat dalam hidupnya, terpalit dengan kontroversi penjualan gelang dan nafkah anak, namun bagi AC semuanya datang daripada dugaan Tuhan untuk mematangkannya.

“Syukur saya dapat melalui segalanya dengan tabah. Saya sudah pernah melalui pelbagai kesukaran dalam hidup. Saya pernah makan kari bersama tisu kerana tiada duit dan susah sangat pada waktu itu.

“Saya akui datang daripada keluarga yang senang, namun pernah lagi saya bergantung hidup kepada mereka,” katanya.

FOTO oleh AZLI BIN AHAD

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: