Deja Bawa Staf Bercuti

24 Dec

KEDAI kek dan kafe Deja Moss, 37, Hadeeja – Kek Lapis Segar yang beroperasi di Ukay Perdana, Ampang lebih dua tahun lalu semakin maju. Sebagai penghargaan kepada petugasnya yang bekerja keras, Deja dan suaminya, Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad (Andy), 31, membawa mereka makan angin di Langkawi.

Ketika dihubungi, Deja masih berada di pulau legenda itu. Menurut Deja, tahun lalu dia membawa pekerjanya bercuti di Pulau Pinang. “Untuk permulaan saya bawa mereka bercuti dalam negara dulu dan apabila rezeki semakin bertambah kelak, barulah kami pergi ke destinasi yang lebih jauh. Ia sebagai penghargaan kepada yang bersama-sama saya bekerja keras mengukuhkan perniagaan kek lapis ini.

“Dalam apa perniagaan pun, pekerja sangat penting kerana tanpa mereka mana saya mampu bekerja seorang diri. Mereka adalah aset paling penting. Samalah seperti penyanyi, tanpa peminat, siapalah kita. Oleh itu setiap hujung tahun saya bawa mereka bercuti,” katanya.

Deja dalam perancangan dengan beberapa pihak yang berminat untuk membuka kedai kek lapisnya secara francais.

“Kami hendak membuka cawangan kedai kek dan kafe ini kerana kedai yang ada sekarang akan dijadikan dapur setempat di mana segala urusan penyediaan dan pembungkusan dilakukan di sini.

“Ini untuk memastikan kualiti dan rasanya tidak lari. Saya tidak akan berkompromi soal ini kerana mahu menjaga kualiti produk saya. Setakat ini, alhamdulillah, mereka yang membeli kek lapis saya berpuas hati,” katanya. Barangkali ada yang menyangka, Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, tidak aktif menyanyi lagi kerana sibuk menguruskan perniagaan itu.

“Saya masih menyanyi, tapi kebanyakannya untuk majlis korporat. Jarang lagi saya menyanyi di tempat terbuka, sebab sibuk dengan perniagaan ini. Saya tetap rindu menyanyi dalam majlis yang besar.

“InsyaAllah pada 25 Disember ini saya akan menyanyi di Downtown@Bukit Dukung, Kajang. Saya terima tawaran sebab kawan-kawan,” katanya. Sejak dibuka pada 2 Disember lalu, ‘downtown’ itu mendapat sambutan menggalakkan. Ia cawangan kedua selepas yang pertama seumpamanya di Bazaria Downtown berhampiran velodrom Cheras. Selain itu, bazaria itu juga menjadi tapak kepada bekas penghuni Rumah Pengasih untuk memulakan hidup baru. Downtown@Bukit Dukung itu akan dibuka secara rasminya pada 25 Disember ini. Bagi memeriahkan acara perasmian itu, Pengarah Urusan KL Downtown, Mohd Rustam Rashandin berkata, seekor lembu akan ditumbangkan. Acara turut diselitkan dengan menampilkan Jamal Abdillah, Rina AF, Haiza, Izwan Pilus, Along Raja Lawak dan Didie Alias jam 8 malam.

“Sebagai penghargaan, saya juga menjemput sekumpulan ibu tunggal dari Cheras dan Kajang. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hassan Nawawi dan Presiden Pengasih, Datuk Yusuf Pathi, juga akan hadir,’ katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: