Deman Pun Tak Mengapa

24 Dec

BAGI vokalis Wings, Awie yang popular dengan lagu Sejati, tidak ada istilah ‘menghampakan’ peminat.

Walaupun masih kurang cergas akibat demam, dia tetap bersemangat terus menghangatkan pentas menjayakan Konsert Gemuruh DT Search Wings di Surf Beach Sunway Lagoon, Petaling Jaya, bermula jam 8.45 malam esok.

Kata Awie, semangatnya bersama rakan seperjuangan, Amy Search dan anggota pemuzik masing-masing berkobar-kobar beraksi di pentas menampilkan kelibat gitaris hebat antarabangsa, Slash atau Saul Hudson mempamer aksinya di depan ribuan peminat sebelum ini.

“Sebagai anak watan, sememangnya kami berbangga menerima penghormatan menjayakan konsert penutup tirai konsert Gemuruh DT Search Wings di pentas tidak pernah menampilkan band rock tempatan menghiburkan kelompok peminat.

“Terus terang, tiada alasan walaupun belum sembuh demam. Reaksi penonton sangat hebat pada konsert Gemuruh DT di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang, minggu lalu. Insya-Allah, saya tidak menjanjikan persembahan terhebat, tetapi datanglah menyaksikan konsert terakhir tahun ini. “Bagi saya, demam hilang lebih cepat bertemu peminat setia hadir beramai-ramai menyaksikan konsert konsert Gemuruh DT Search Wings di Surf Lagoon Sunway Lagoon. “Jangkaan saya? Sambutan pasti lebih elok di Surf Lagoon, pasti lebih ramai dan lebih bagus memandangkan ia cuti umum,” kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 42.

Konsert Surf Beach menampilkan kelainan sepanjang sejarah 18 tahun dua rock legenda ini. Lapan lagu ‘signature’ akan diiringi 10 pemuzik ‘instrumen bertali’ profesional bersama cello dan viola.

Search pastinya mendendangkan lagu malar hebat mereka seperti Gadisku, Isabella, Pawana, Pelesit Kota, Rozana, Meniti Titian Usang dan banyak lagi. Wings tidak menghampakan peminat dengan lagu Misteri Mimpi Syakilla, Bujang Senang, Opera Hidup dan Sejati.

Pembukaan konsert dimeriahkan penampilan vokalis lantang, Azlan Typewriter bersama dua gitaris, Hillary Ang dan Sham Wings bergabung tenaga membuka persembahan. Selain Awie, Wings dianggotai Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram). Search diwakili gitaris adik-beradik, Din dan Kid bersama Nasir (bass) dan Yazit (dram) yang baru keluar hospital sehari sebelum Gemuruh DT menggegar pentas Pulau Pinang. Minggu lalu, Awie menyifatkan konsert sudah sekian lama tidak diadakan di utara tanah air menerima sambutan menggalakkan peminat sekalipun tidak mencapai sasaran 15,000 peminat.

“Seperti tiga konsert DT diadakan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Seberang Jaya membuktikan jenama Search dan Wings masih mendapat tempat. Ramai otai rock (peminat tegar) menyarung pelbagai jenis t-shirt tradisi Search dan Wings. Penerimaan tetap meriah seperti dulu terutamanya sewaktu menyanyi bersama-sama,” katanya.

Konsert dibawakan penaja rasmi, DiGi Telecommunications bersama penganjur, RYE Productions turut mendapat sokongan RapidKL, CocaCola, Sunway Lagoon, Media Hiburan, Sinar FM, Nuffnang dan akhbar harian Bahasa Malaysia Nombor Satu, Harian Metro sebagai akhbar rasmi.

Tiket Konsert Gemuruh DT boleh didapati pada harga RM70. Sebagai tanda terima kasih penganjur, peminat membeli empat tiket layak menerima satu tiket percuma. DiGi menawarkan diskaun 30 peratus bagi 3000 keping tiket dijual harga RM49 dan setiap pembelian dua tiket mendapat satu tiket percuma.

Kaunter tambahan tiket sudah mula dibuka hingga hari konsert bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Tiket boleh dibeli di pintu masuk Sunway Lagoon, Stesen LRT KL Sentral, LRT Masjid Jamek & LRT Laluan Kelana Jaya, Bandar Tasik Selatan, Ampang dan Bukit Jalil.

Tiket turut dijual hingga 24 Disember bermula jam 11 pagi hingga 9 malam di Carrefour Subang Jaya, Wangsa Avenue 9, Giant Supermarket Bandar Kinrara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Mines Shopping Fair, Tesco Semenyih dan Alamanda, No 2F-16, Tkt 2, Sacc Mall Shah Alam, Putrajaya Shopping Centre, Plaza Alam Sentral.

Mulai hari ini, 9 malam hingga 2 pagi, tiket boleh dibeli di Uptown Danau Kota, Uptown Shah Alam dan Uptown D Kota, Kota Damansara. Untuk keterangan tiket, sila hubungi RYE Productions, Yati Rahman di talian 012-704 8344 dan Rozy Baharum 019-3090760.

Pembaca Harian Metro berpeluang mendapat tiket percuma dengan mengumpul ‘masthead’ Harian Metro selama empat hari (21 – 24 Disember) dan bawa untuk penukaran dengan satu tiket, esok, jam 2 hingga 5 petang. Jumlah tiket terhad, siapa cepat dia dapat.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: