Elly Mazlein, Ezany, Misha Dan Sarimah Serikan Muzikal Tun Mahathir 2

24 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Tidak mahu berselindung lagi, Teater Muzikal Tun Mahathir (MTM2) musim kedua menampilkan muka baru bagi menerajui teater kontroversi ini. Elly Mazlein dan Misha Omar bakal menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah bagi musim kedua. Manakala watak Tun Dr Mahathir ketika remaja digantikan oleh Ezany Nazariff.

Menurut pengarah, Rosminah Tahir, biarpun waktu pementasan semakin hampir dan penonton masih ragu-ragu untuk membeli tiket sementelah kontroversi yang melanda, pemilihan Elly dan Ezany dianggap sebagai keputusan terbaik bagi produksinya.

“Saya akui perlu mengambil pelakon yang mempunyai daya tarikan untuk memenuhi panggung. Namun kedua-duanya pernah berteater dan kita tak perlu ragu-ragu dengan keupayaan serta bakat yang ditonjolkan. Saya tak perlu peduli kata-kata yang dilemparkan kerana saya sudah buktikan pemilihan Esma Daniel sebagai Tun Mahathir adalah sangat tepat sehinggakan Datuk Mukhriz secara peribadi mengakui begitulah cara ayahnya berjalan dan membawa diri.

“Dalam pada kontroversi masih ada juga yang membeli tiket namun tak ramai. Mungkin mereka masih menunggu siapakah pengganti kepada Erra Fazira dan Zizan Nin.

“Kami terima kritikan, hinaan dan pujian, dari situ kami perbaiki kesilapan sebelum ini. Tun Mahathir juga bersetuju untuk turut sama menyaksikan pementasan kisah hidupnya. Walau semuanya terpaksa dilakukan dalam masa yang singkat, namun penat lelah berbaloi apabila Tun sudi hadir memberi sokongan.

“Dalam MTM2, kami sisipkan watak antagonis dan protagonis kerana kehidupan Tun banyak tragik di dalamnya. Selalunya apa yang Tun lakukan tidak bermanfaat kepada dirinya, namun mendatangkan seribu kebaikan kepada orang sekeliling,” katanya.

Selain itu, Sarimah juga diserapkan dalam teater MTM2 sebagai Susur atau penglipur lara manakala Datuk AC Mizal sebagai Aziz, rakan Mahathir.

“Watak Sarimah sebagai Susur adalah kelainan bagi teater ini. Namun ianya tidak sekali-kali mencalar fakta yang wujud,” jelasnya.

MTM2 bakal dipentaskan bermula 21 hingga 30 Januari 2011. Tiket-tiket berharga RM32, RM52, RM82, RM102,, RM152, dan RM302 sedang dijual dan boleh diperolehi melalui http://www.ticket2u.biz atau datang sendiri ke kaunter tiket di Istana Budaya.

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: