Erra Cadangkan Elly Mazlein

24 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

“Elly terkejut sangat bila Kak Rosminah (pengarah) beritahu Erra Fazira yang cadangkan Elly untuk watak Tun Dr Siti Hasmah sewaktu usia muda. Rasa bertuah dan dihargai kerana antara ramai pelakon hebat yang lain, Elly diberi peluang memegang watak yang berprofil tinggi. Ini hadiah hari lahir Elly yang paling bermakna.

“Elly tak berpeluang menonton Teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) yang pertama namun dalam waktu yang singkat ini Elly yakin semuanya akan jadi baik,” ujar Elly Mazlein yang baru sahaja menyambut hari lahir ke-29 pada 17 Disember lalu.

Bagi Elly, rezeki yang tak terduga ini adalah pembuka tahun 2011 yang terbaik bagi kariernya. Tak pernah terlintas untuk turut terlibat sama dalam MTM namun tuah manusia siapa dapat menjangka.

“Sewaktu pementasan Sri Mersing dulu, Elly hanya melintas di depan poster MTM. Tak sangka pula Elly akan menggantikan Erra untuk watak Tun Dr Siti Hasmah.

“Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan Elly kalau bersua depan mata dengan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah, mesti Elly menangis. Elly dilahirkan pada zaman pemerintahan Tun namun belum pernah ada peluang untuk berjumpa secara peribadi.

“Watak ini merupakan perkara besar yang cukup bermakna dalam hidup Elly. Tak dapat nak digambarkan apabila membawakan watak bekas wanita pertama negara yang dikagumi selama ini,” kata Elly yang kini semakin mencurah-curah rezekinya.

Kata wanita jelita ini lagi, jadualnya sepanjang 2011 padat dengan aktiviti seni terutamanya apabila single terbaru, Please Forgive Me bakal ke udara di corong-corong radio tidak lama lagi. Berkat kerjasama dan disiplin yang ada pada dirinya, tanpa disedari karier Elly telah bertahan selama 13 tahun dalam industri ini.

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: