Maher Zain Datang Lagi

24 Dec

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Penyanyi Maher Zain pernah berjanji yang dia pasti akan datang lagi ke Malaysia untuk mengadakan konsert yang lebih besar. Kini dia sudah mengotakan janjinya.

Maher datang lagi tahun depan untuk mengadakan konsert Maher Zain Live In Concert 2011 pada 25 dan 26 Fabruari depan di Stadium Melawati, Shah Alam.

Sebelum itu dia akan hangatkan peminat Malaysia dengan show amal Malam Amal Setulus Kaseh pada 26, 27 dan 28 Disember ini.

Malam Amal Setulus Kaseh sebuah program anjuran Muslim Aid dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ. Show akan diadakan di Hotel The Summit Subang, USJ dengan harga tiket bermula dari RM200 hingga RM1,000 sekepala.

Jualan Meja Cinta dikenakan RM10,000 (satu meja untuk sepuluh orang) Meja Kasih, RM5,000), Meja Sayang RM3,000 dan Meja Ukhwah dengan harga serendah RM2,000.

Untuk tempahan dan pembelian kerusi dan meja boleh hubungi  Muslim Aid di talian 03-22881996.

Objektif utama untuk membantu Rumah Titian Kaseh (RTK) mendapatkan rumah baru. Dulu terdapat dua buah rumah, namun 30 November lalu warga RTK terpaksa keluar dari rumah yang sudah 13 tahun didiami.

Ramai yang simpati tapi keadaan masih tidak berubah. Mereka sekarang terpaksa berhimpit tinggal di sebuah rumah.

Kerana bebanan sewa yang semakin naik sehingga memaksa warga RTK keluar dari rumah tersebut. Ramai anak mangsa dera, ibu tunggal mangsa keganasan rumahtangga dan anak yatim telah mendapat perlindungan di situ.

Demi mencapai hasrat ini, RTK telah membuka ruang kepada orang ramai untuk menyumbang dengan mengadakan jualan 3,000 lot wakaf bagi mengumpul dana merealisasikan hasrat penghuninya memiliki rumah sendiri.

Kini RTK dengan kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ akan menganjurkan Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain untuk mengumpul dana bagi menampung kos pembelian rumah dan perbelanjaan RTK.

Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain ini diharap akan membuka peluang dan ruang kepada semua individu untuk sama-sama menyumbang di samping membolehkan semuanya berhibur dengan irama-irama nasyid yang akan dibawakan oleh penyanyi yang menjadi pilihan No. 1 rakyat Malaysia.

Konsert orkestra penuh

Maher Zain Live In Concert 2011 yang akan diadakan Februari depan semestinya menjanjikan sebuah konsert yang menampilkan orkestra penuh. Itulah yang pernah dijanjikan oleh Maher semasa kali pertama ke Malaysia beberapa bulan lalu.

“Kali ini show kecil sahaja. Insya-Allah tahun depan saya akan mengadakan konsert dengan menampilkan orkestra penuh,” katanya pada masa itu.

Sememangnya lagu-lagu Maher enak didengar kerana menampilkan iringan muzik orkestra. Mungkin juga akan ada lagu baru yang bakal dipersembahkan oleh Maher kerana dia sudah memulakan pengumpulan meterial untuk album kedua.

“Kalau dalam album pertama, Thank You Allah mesejnya menjurus kepada ucapan terima kasih saya kepada Alllah yang masih membuka ruang untuk saya mendekati diri walaupun saya pernah lalai, album kedua nanti macam permintaan dan doa saya untuk terus kekalkan saya di bawah lindungannya,” kata Maher.

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: