Penderitaan Uncle Tan Didedah

24 Dec

MINGGU ini Talian Hayat menerima pula aduan dari jiran prihatin yang menetap di Kampung Teluk Bunut, Banting, Selangor mengenai nasib malang seorang warga emas yang hidup dalam penuh kedaifan.

Warga emas itu dikenali sebagai Uncle Tan berusia 68 tahun dan tidak mampu lagi bekerja. Dia hanya bergantung hidup kepada sumbangan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2008 untuk menyara keluarga.

Penerbit dan pengacara program itu, Wan Kamaruddin Wan Ibrahim (Wan K), yang membuat tinjauan ke atas kehidupan Uncle Tan berkata, nasib lelaki itu amat malang kerana isteri dan kelima-lima anaknya mengalami masalah mental.

“Paling memilukan, akibat tekanan hidup dan kemiskinan, anak perempuan bongsunya didakwa mati kerana membunuh diri. Namun, yang menjadi persoalan, kenapa bantuan hanya disalurkan kepada Uncle Tan saja di bawah kategori warga emas miskin? Adakah pesakit psikiatri yang tidak mampu bekerja tidak layak menerima bantuan? “Akibat tidak mampu menyara keluarga, dua anak perempuan Uncle Tan dihantar ke pusat jagaan di Johor manakala dua lagi anak lelaki yang tinggal bersama mereka hanya meng ambil upah harian di kedai cat kereta.

“Talian Hayat ada bertemu pakar psikiatri untuk mengetahui cara terbaik bagi membantu Uncle Tan menguruskan keluarganya kerana pesakit psikiatri banyak bergantung kepada pengambilan ubatubatan yang diberi doktor dalam dos yang betul.

“Stigma sesetengah masyarakat yang sering memandang serong terhadap pesakit psikiatri juga perlu diubah,” kata Wan K.

Talian Hayat juga ada menemuramah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat bagi menjawab segala persoalan yang timbul. Apapun, penghargaan diucapkan kepada Pantech Steel Industries Sdn Bhd atas kesudian menghulurkan sumbangan segera bagi membaiki dan memperindahkan rumah usang serta membeli persiapan menyambut Krismas buat Uncle Tan sekeluarga. “Episod ini juga ada catatan manis tersendiri iaitu penyelesaian yang berjaya dibuat dalam tempoh tiga hari.

Selain itu, pada hari wakil Pantech Steel Industries turun padang, tanpa dirancang ba nyak pihak lain daripada pelbagai bangsa, agama dan fahaman politik turut serta membantu meringankan beban keluarga malang ini.

“Tahniah dan terima kasih.

Pada kesempatan ini juga, Talian Hayat mengucapkan Selamat Hari Krimas kepada Uncle Tan dan mereka yang menyambutnya,” kata Wan K.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: