Platform Terbaik Untuk Artis

24 Dec

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


SEJIWA… Mohd. Rustam dan isterinya, Nasha Hassan merupakan tonggak utama kejayaan KL Downtown.

BERMULA 2 Disember lalu, artis tempatan kini berpeluang menyerlahkan lagi bakat menerusi platform terbaru yang diwujudkan khas buat mereka.

Bazar larut malam Downtown@Bukit Dukong, sebuah lagi lokasi baru khususnya bagi penduduk sekitar Kajang dan Cheras, diwujudkan untuk mereka yang gemarkan aktiviti malam.

Bagi penggiat seni tanah air, terutamanya penyanyi, bazar yang diuruskan oleh KL Downtown Night Market Sdn. Bhd. (KL Downtown) itu turut menyediakan pentas untuk mengembangkan lagi bakat seni mereka di samping menghiburkan pengunjung yang datang.

KL Downtown juga merupakan sebuah syarikat korporat yang menguruskan operasi bazar Downtown Cheras yang selama ini banyak memberi peluang kepada artis tempatan mencari rezeki.

Nama-nama seperti Bienda, Akhbar, Sheeda, Along Charm, Ieda Moin, Jamal Abdillah, Haiza, Jaafar Onn, Adzrin Adzhar dan ramai lagi bakal memeriahkan bazar tersebut sejak ia mula beroperasi pada 2 Disember lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif KL Downtown, Mohd. Rustam Roshandin memberitahu, barisan artis tersebut akan diundang untuk membuat persembahan secara bergilir-gilir bagi memeriahkan suasana di bazar tersebut.

Katanya, ia adalah platform terbaik buat mereka untuk mendekati peminat industri hiburan tanah air selain mereka sendiri boleh membeli-belah di 150 buah gerai yang menjual produk perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS).

“Selain memberi peluang kepada penyanyi tempatan, kami juga mengundang beberapa artis bagi mengacarakan segmen bersama artis yang diadakan empat hari seminggu bermula Khamis hingga Ahad,

“Bazar ini dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 5 petang sehingga 3 pagi. Selain gerai menjual barangan ada 15 gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.

“Selain membuat persembahan, kami juga memberi peluang kepada artis yang berminat untuk berniaga, di Downtown ini,” jelasnya yang ditemui pada sidang akhbar yang diadakan di Bangsar, baru-baru ini.

Mohd. Rustam yang juga Bendahari Persatuan Pengasih Wilayah Persekutuan memberitahu, 30 peratus keuntungan yang diperoleh menerusi hasil jualan tersebut akan disalurkan untuk tabung kebajikan Pengasih.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: