Ozzy Osbourne Suruh Lady Gaga 'Berehat'

25 Dec

LOS ANGELES 24 Dis. – Ozzy Osbourne mahu Lady Gaga ‘berehat’ daripada menjadi tumpuan ramai walaupun hanya dalam tempoh satu jam.

Bekas penyanyi utama kumpulan heavy metal Black Sabbath yang kini masih aktif sebagai penyanyi solo itu berkata, bintang pop tersebut perlu meninggalkan ‘pakaian peliknya’ untuk seketika.

“Saya rasa Lady Gaga perlu berehat seketika, dia agak keterlaluan dan terlalu menonjolkan diri.

“Dia boleh menjadi Madonna seterusnya jika dia berkelakuan betul. Saya suka dia, tetapi saya jelak dengan sikapnya. Apabila saya menonton televisyen, saya ternampak dia memakai cermin mata berlampu dan macam-macam lagi pakaian pelik,” katanya kepada Usmagazine.com.

Osbourne mengakui dia menyukai Lady Gaga kerana dia seorang yang menghiburkan tetapi imej berbeza yang ditampilkan setiap hari oleh penyanyi wanita itu disifatkan sebagai keterlaluan.

“Keistimewaan Lady Gaga mungkin akan membunuh kerjayanya jika dia terus dengan gayanya itu,” katanya. – AGENSI

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: