Cerita Kasut Bawa Tuah

26 Dec

BERMODALKAN kisah kasut tanpa begitu memfokuskan keindahan Istanbul yang dipilih sebagai lokasi tugasan terakhir, Mohamad Azizulhakim Mohd Salleh, 21, diumumkan sebagai juara rancangan Detik Bersama Handycam (DBH).

Kemenangan penuntut jurusan video di Kolej SeGi ini melayakkannya membawa pulang hadiah bernilai RM25,000 berupa barangan Sony seperti handycam NEX-VG10, Sony VAIO Notebook, 40 Full HD Bravia LCD TV dan Vegas Movie Studio Platinium Pro Pack bernilai lebih RM15,000 serta wang tunai RM10,000.

Manakala naib juara disandang Fazlan Adhili Mastafa Kamal, 21, yang membawa hadiah bernilai hampir RM10,000 iaitu sebuah Sony Handycam serta wang tunai RM5,000.

Pengurus saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata, Azizul dipilih oleh penonton dan juri profesional kerana filem pendek yang dihasilkannya menampilkan jalan cerita yang kuat.


“Untuk mencari juara, dua peserta final DBH dibawa ke Turki untuk melaksanakan tugasan terakhir mereka. Ini kerana pada minggu sebelumnya, tugasan tertumpu di beberapa lokasi terpilih di negara ini.


“Kita mahu peserta merasai serta menimba pengalaman baru, sekali gus memperoleh ilham yang berbeza ketika berada di sana.

“Azizul mampu menceritakan mengenai kegunaan kasut sehinggalah akhirnya di eksport ke Turki. Penceritaan filem pendeknya merangkumkan mesej, visi dan tersendiri,” katanya.

Azizul pula berkata, dia sengaja tidak memperlihatkan keindahan Istanbul secara total kerana yakin pesaingnya, Fazlan akan memberi tumpuan sepenuhnya mengenai pengalaman beliau sepanjang berada di Istanbul.

“Saya mahu hasilkan sesuatu yang tidak dijangka oleh

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: