Konsert Terakhir Dijanjikan Terhebat

26 Dec

SESI ringkas bertemu peminat menjelang konsert Gemuruh Search Wings 2010 di Blue Entrance Sunway Pyramid, Petaling Jaya, semalam mendapat sambutan menggalakkan.

Konsert dua legenda itu akan dapat disaksikan pentas Surf Beach, Sunway Lagoon, bermula jam 8.45 malam ini. Buat julung kali, pentas yang pernah menyaksikan kehebatan artis luar akan menyaksikan warna baru konsert rock diiringi mini orkestra.Lebih menarik, Azlan Typewriter bersama dua gitaris, Hillary dan Sham Wings akan muncul pada pembukaan Gemuruh DT.

Meskipun sesi sejam dibasahi hujan sebaik bermula 5.30 petang, ia tetap hangat menerusi celoteh emcee penyampai THR Gegar, Isma Halil Hamzah atau Malil.

Peminat pelbagai peringkat umur tidak melepaskan peluang mendapatkan poster, autograf, bergambar dan bertemu satu dengan satu bersama tiga anggota Wings, Awie (vokal), Black (dram) dan Eddie (bass).


Search diwakili pemain dram, Yazit yang kelihatan begitu bersemangat sewaktu bercakap memegang mikrofon.


Yazit mengenakan topi merah, berkata, dia terharu terhadap sokongan peminat mengikuti perkembangan Search dan Wings selama ini.

“Kami sudah menjayakan beberapa konsert DT di seluruh negara sepanjang 18 tahun diwujudkan. Banyak pengalaman menarik dikongsi bersama. Jadi, saya tidak mahu melepaskan peluang menjayakan persembahan lain dari yang lain ditampilkan di Surf Beach.

“Saya terharu ramai bertanya khabar sepanjang mendapatkan rawatan di hospital. Peluang konsert penutup tirai tidak mahu dilepaskan dan mahu memastikan aksi lebih ceria dan diingati peminat setia kami,” katanya.

Bagi Awie, iringan elemen bunyi biola dan cello kelainan disaksikan berbanding beberapa DT di Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang, minggu lalu.

“Kami sudah membuat latihan bersama pemuzik instrumen bertali. Datanglah beramai-ramai apatah lagi konsert kali ini terakhir kami adakan untuk tahun ini. Kami berkemungkinan merancang pendekatan baru menerusi konsert bertema ‘Tribute To Legend’ tahun depan. Bawalah rakan-rakan, teman baik atau apa saja ke Gemuruh DT Search Wings,” katanya.

Konsert dibawakan penaja rasmi, DiGi Telecommunications bersama penganjur, RYE Production Sdn Bhd. Ia mendapat sokongan RapidKL, CocaCola, Sunway Lagoon, Media Hiburan, Sinar FM, Nuffnang dan akhbar harian nombor satu negara, Harian Metro sebagai akhbar rasmi.

Tiket konsert Gemuruh DT boleh didapati pada harga RM70. Sebagai tanda terima kasih, peminat membeli empat tiket layak menerima satu tiket percuma. DiGi menawarkan diskaun 30 peratus bagi 3,000 keping tiket dijual harga RM49 dan setiap pembelian dua tiket mendapat satu tiket percuma.

Kaunter tiket mula dibuka hingga hari konsert bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Tiket boleh dibeli

di pintu masuk Sunway Lagoon, Stesen LRT KL Sentral, LRT Masjid Jamek & LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Bandar Tasik Selatan, LRT Ampang dan LRT Bukit Jalil.

Tiket juga boleh dibeli di Carrefour Subang Jaya, Wangsa Avenue 9, Giant Supermarket Bandar Kinrara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Mines Shopping Fair, Tesco Semenyih dan Alamanda No 2F-16, Tkt 2, SACC Mall Shah Alam, Putrajaya Shopping Centre dan Plaza Alam Sentral.

Untuk keterangan tiket, sila hubungi RYE Productions, Yati Rahman di talian 012-704 8344 dan Rozy Baharum (019-3090760).

Pembaca Harian Metro berpeluang mendapat tiket percuma dengan mengumpul ‘masthead’ Harian Metro selama empat hari (21 – 24 Disember) dan bawa untuk penukaran untuk satu tiket, jam 2 hingga 5 petang. Jumlah tiket terhad, siapa cepat dia dapat.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: