SOSEH SOSEH: Dah Kering Idea Ke?

26 Dec

PELAWAK yang satu ini, memang suka bikin kontroversi. Tak serik-serik ke atau memang macam itu sikapnya?

Ada seorang penonton ini mengadu pada rakan SS mengenai persembahan pelawak yang namanya sedang meningkat naik ini.

Menurut penonton itu, pelawak itu digandingkan dengan seorang lagi artis lama yang sangat berpengalaman. Gabungan itu memang nampak mantap kerana yang lama dan baru saling berganding bahu untuk menghiburkan peminat yang berduyun-duyun ke karnival itu.

Bagaimanapun, menurut penonton itu sayang sekali, pelawak itu agak kekurangan idea dan dia menggunakan fizikal rakan pelawaknya itu untuk dijadikan bahan jenaka. Bukan itu saja, malah dia juga seakan menyindir cara rakan pelawaknya itu berpakaian.


Nama pun artis, mestilah dia perlu bergaya lebih sedikit di pentas.

Hai, takkan baru dua tahun berkecimpung dalam arena seni, pelawak muda itu sudah kekeringan idea?

Sanggup menjatuhkan air muka orang lain untuk dijadikan bahan jenakanya. Ini mesti masalah kurang membaca atau tidak peka dengan keadaan sekeliling. Berbanding dengan pelawak yang berpengalaman itu tadi, kata penonton itu ada saja ideanya yang buat orang ketawa, malah ketika berlawak dia langsung tidak menyentuh peribadi sesiapa.

Lepas itu adakah patut pelawak muda itu panggil seorang kanak-kanak ke pentas dan bertanyakan soalan mengenai masalah orang buang anak? Budak itu terpinga-pinga jadinya. Apalah budak itu tahu

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: