Zizan Tak Perlu Berkorban

26 Dec

sitijarum

SELEPAS Siti menulis tentang Zizan yang meletak harga RM40,000 untuk berlakon dalam Muzikal Tun Mahathir 2, Siti terima banyak juga e-mel yang ‘membelasah’ Zizan.

Antaranya mereka menulis, Zizan kenalah berkorban sikit untuk teater dan jangan letak harga tinggi sangat. Beberapa e-mel lain pula menganggap Zizan ‘mata duitan’.

Siti mempunyai pandangan yang lain. Bukannya nak mempertahanklan Zizan tetapi dari beberapa sudut, Siti setuju dengan Zizan. Tambahan pula Zizan masuk ke dunia teater kerana ditawarkan, bukannya dia suka-suka nak main teater.

Bagi Siti, Zizan tidak perlu berkorban atau memahami realiti kedaifan dunia teater kita. Kalau kita hendak orang yang faham kedaifan orang teater, ambillah orang teater. Zizan tidak perlu berkorban ketika dia berlakon teater yang menelan belanja hampir sejuta ringgit.

Kalau kita kata Zizan mata duitan, tidak bermata duitankah pihak yang sanggup membuat teater yang menelan belanja hampir sejuta ringgit? Orang teater memang tak bermata duitan kerana mereka berlakon teater tak berduit. Apabila belanja teater beratus ribu ringgit, kenalah agihkan belanja itu kepada pelakon. Jadi, Zizan membuat sesuatu yang wajar.

SITI JARUM: Tauke boria Kampung Pisang.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: