Selebriti Terlebih Seksi?

27 Dec

BARANGKALI syot paling menyentuh perasaan dalam Anugerah Skrin 2010 (ASK2010)
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu ialah ketika Norkhiriah melontarkan ucapan di belakang pentas sebagai mengulas kejayaannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama.

Sayang sekali syot itu hanya mampu ditatap penonton di dalam Dewan Merdeka, semata-mata kerana ia sekadar selingan bagi laluan iklan.

Dengan air mata bercucuran, Norkhiriah yang sedang hamil enam bulan mengakui trofi itu amat bermakna dalam hidupnya kerana dia akhirnya ‘dipandang’ dalam anugerah berprestij itu.

Ternyata linangan air mata pelakon drama Antara Garisan itu sangat ‘genuine’ yakni berlinangan tanpa dipaksa.


Menilai apa yang terjadi, itulah antara kerugian yang berlaku dalam mana-mana anugerah andai kata pemenang tidak diberikan berucap di depan pentas secara ‘live’.


Baik Festival Filem Malaysia (FFM) mahupun ASK2010, tergambar seolah-olah ucapan pemenang semakin tidak lagi penting walhal itulah malam untuk mengiktiraf karyawan seni.

Seharusnya semua pemenang yang hadir diberikan peluang berucap walau hanya 20 hingga 30 saat.

Dalam konteks ASK2010, hanya pemenang bagi Anugerah Khas Yasmin Ahmad iaitu Shaheizy Sam serta pemenang bagi Filem Terbaik dan Drama Terbaik saja diberikan ruang untuk melontarkan kata.

Sebaliknya, masa yang lebih diperuntukkan kepada pengacara Awal Ashaari dan Vanidah Imran (Vee) serta segmen persembahan.

Kombinasi Awal dan Vee tidaklah terlalu ‘luar biasa’ sebaliknya ada momen mereka yang menjadi dan selebihnya ‘biasa-biasa’ saja.

Namun jenaka mereka dalam membuat singkatan nama ‘Veeshidee’ (Vanidah & Rashidi), ‘Shawal’ (Scha Al Yahya & Awal) dan ‘Ninanoh’ (Mizz Nina & Noh Hujan) berjaya mencuit hati penonton.

Dari segi persembahan, beberapa segmen tampak hebat seperti kombinasi tiga diva – Adibah Noor, Noryn Aziz & Jacyln Victor yang membuka tirai dalam lagu lama Khadijah Ibrahim, Aku Dan Duniaku.

Mereka bertiga yang bergaun merah menyanyi dalam penuh dan pesona ala babak dalam filem muzikal Dreamgirls.

Segmen yang turut mendapat tepukan gemuruh adalah kombinasi tiga pemuzik, tiga instrumen iaitu Genervie Kam (violin), Hillary Ang (gitar) dan sifu Datuk Ahmad Nawab (saksafon) yang mengalunkan melodi popular daripada filem mahupun drama Nur Kasih, Isabella dan Hapuslah Air Matamu.

Persembahan lain yang ditonjolkan pada malam itu ialah kombinasi pasangan yang baru bertunang, Mizz Nina dan Noh Hujan dalam lagu jazz, Kurnia; Ziana Zain & Anuar Zain (Ku Berjanji Kerna Cinta/Pawana) dan Faizal Tahir (Cinta The Musical/Superhero).

Di sebalik semua mahu kelihatan ‘vogue’ dan glamor pada malam itu, ada pula segelintir individu yang terlebih seksi apabila naik ke pentas.

Ini memberi peluang kepada penyampai trofi Datuk Aziz Sattar bersama Erra Fazira dan Eja untuk menyelitkan usikan spontan dan sinikal.

“Juling mata saya melihatnya!’ seloroh Datuk Aziz dan diusik pula oleh Erra: “Hai, kenyanglah Datuk malam ni!”

Insiden tetamu bergaya terlalu seksi itu akhirnya ditegur Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kelmarin.

Kata beliau, pihak penganjur harus mengkaji semula perkara berkenaan agar tidak berulang lagi di masa depan.

Peminat yang membanjiri acara itu gembira apabila melihat wajah-wajah yang mereka minati menjulang trofi seperti Aaron Aziz, Fauzi Nawawi, Norkhiriah, Bront Palarae, Azma Aizat Yusof, Sharifah Amani, Shamsul Yusof dan Shaheizy Sam.

Pemenang yang tidak hadir ialah Nur Fazura dan Fadilah Mansor.

Antara penyampai trofi yang diundang kali ini ialah Shah Jazle, Diana Danielle, Sein, Lisa Surihani, Mia Sara, Fahrin Ahmad, Nasha Aziz, Adi Putra, Foziah Ghous, Nora Danish, Ziela Jalil, Rosyam Nor, Fizz Fairuz, Erma Fatima dan Eizlan Yusof.

Secara keseluruhan, ASK2010 yang diterbitkan Nurul Huda Khalid menampakkan elemen kemeriahan yang kegemilangan.

Difahamkan, hadiah utama bagi pemenang trofi masih lagi dikekalkan dengan acara lawatan ke Hollywood tahun depan.

● Percubaan menarik cuba dilakukan penerbit ASK2010 apabila menampilkan aksi ala MTV Awards untuk Faizal Tahir yang muncul di Dewan Merdeka dengan sebuah kenderaan khas. Bagaimanapun hasilnya agak kurang memberikan impak.

● Ramai peminat Anuar Zain dan Ziana Zain kecewa apabila pasangan adik-beradik itu tidak berduet bersama, sebaliknya hanya berselisih di pentas.

● Produksi teater terbaru, Cinta The Musical menggunakan pentas ASK2010 sebagai medan promosi dengan mengumumkan senarai pelakonnya. Antara mereka ialah bintang Akademi Fantasia 3, Akma dan DJ Hot FM, Sharifah Aleya. Begitupun sewaktu ditemui, Aleya mewakili teman produksi lain berkata bukan mudah untuk mereka mengadakan persembahan itu dan mengi

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: