Cheryl Cole Terharu Terima Kad Krismas Ashley

28 Dec

LONDON 27 Dis. – Penyanyi popular, Cheryl Cole terharu apabila menerima kad ucapan Krismas daripada bekas suaminya, Ashley Cole yang merupakan bintang bola sepak terkenal.

Hakim rancangan realiti televisyen, X Factor berusia 28 tahun itu menerima kad ucapan selamat maju jaya pada tahun 2011 daripada bintang bola sepak England itu.

Menurut satu sumber, Cheryl terperanjat apabila menerima kad ucapan itu.

“Selepas apa yang telah berlaku antara mereka, Cheryl dapat merasakan kiriman kad ucapan itu sebagai satu isyarat positif.

“Ia merupakan tahun yang amat sukar bagi pasangan itu dan mereka yang pernah jatuh cinta tentu faham apa yang dialami oleh kedua-dua selebriti tersebut,” kata sumber lagi.

Pasangan selebriti itu bercerai pada September lalu selepas empat tahun mendirikan rumahtangga.

Mereka bercerai selepas Cheryl berang apabila mengetahui Ashley menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita yang mengaku pernah meniduri pemain bola sepak yang bermain untuk kelab Chelsea dan England itu.

Cheryl menghabiskan cuti perayaan Krismas bersama keluarganya di Newcastle selepas membatalkan rancangannya ke Los Angeles untuk bersama temannya, seorang penari profesional, Derek Hough.

Beberapa laporan berita hiburan sebelum ini mendakwa Cheryl dan Derek sering dilihat keluar bersama dan mereka berkemungkinan besar sedang menjalinkan ‘hubungan istimewa’.

Sementara itu, Derek walaupun kecewa dengan keputusan Cheryl itu, tetapi dia terus cuba memenangi hati Cheryl dengan memberinya hadiah sepasang subang yang diperbuat daripada berlian.

Sumber itu berkata, Derek seboleh-bolehnya mahu Cheryl bersamanya sepanjang Krismas, tetapi dia tetap menghormati keputusan penyanyi itu yang mahu meluangkan masa bersama keluarganya di Britain.

“Derek berharap Cheryl akan ke Amerika Syarikat supaya dapat meluangkan masa meraikan Tahun Baru bersamanya,” kata sumber itu. – AGENSI

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: