Famili Sarjana Uji Ilmu Agama

28 Dec

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


BERGANDINGAN… Imam Muda Taufek dan Rini AF7 bergandingan sebagai pengacara rancangan Famili Sarjana.

KEPESATAN pembangunan industri penyiaran negara tentu sahaja mendatangkan pelbagai idea menarik kepada stesen-stesen penyiaran dalam menghidangkan program-program bermutu yang mampu menjana minda sesiapa sahaja yang menonton.

Menyedari silaturahim dalam institusi kekeluargaan begitu penting, Astro Oasis (saluran 106, Astro) tampil dengan sebuah program kuiz kekeluargaan, Famili Sarjana yang menguji tahap pengetahuan agama sesebuah keluarga.

Mula bersiaran pada 1 Januari ini iaitu setiap hari Sabtu pukul 7.30 malam, program kuiz yang julung kali tampil dengan konsep sedemikian dilihat satu lagi strategi yang digunakan oleh Astro Oasis terutama dalam menyampaikan pengetahuan sambil berhibur secara dua hala iaitu peserta dan juga penonton di rumah.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, program tersebut direkabentuk sedemikian bukan hanya mampu menguatkan ukhuwah sesebuah keluarga malah mampu memberi pelbagai pengetahuan berkaitan Islam tidak kira peringkat usia.

Tambah Izelan, kuiz tersebut juga merupakan kesinambungan sasaran Astro Oasis sendiri dalam mempelbagaikan program yang berilmiah.

Malah, Imam Muda Taufek yang menyertai program paling berjaya Astro Oasis tahun lalu iaitu Imam Muda tampil bergandingan dengan Rini AF7 sebagai pengacara.

Rantaian 13 episod itu, setiap minggu bakal menampilkan dua buah keluarga yang terdiri daripada tiga anggota iaitu dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Mereka bersaing sehingga lapan peringkat saringan sebelum empat keluarga yang terbaik dipilih untuk bersaing ke peringkat separuh akhir.

Dua buah keluarga yang berjaya memperoleh markah tertinggi di peringkat separuh akhir bakal berentap di peringkat akhir merebut hadiah utama berupa pakej tajaan penuh umrah ke tanah suci Mekah untuk seisi keluarga.

“Biarpun ini merupakan kali pertama kuiz yang berkonsepkan sebegini diadakan namun, sambutan di kalangan peserta yang hadir ke peringkat uji bakat amat menggalakkan.

“Namun, apa yang saya lihat mereka agak takut-takut pada awalnya. Mungkin sebab mereka risau apabila pengetahuan agama mereka diuji dan dipertontonkan kepada umum.

“Bagi kami kuiz sebegini adalah sekadar berkongsi pengetahuan agama serta memberi pendedahan kepada para penonton di rumah jadi ia bukan untuk mengaibkan sesiapa,” kata Izelan.

Tiga segmen melatari kuiz Famili Sarjana saban minggu dan setiap segmen bakal diuji dengan lima perkara yang terkandung dalam Rukun Islam iaitu syahadah, solat, puasa, haji dan zakat.

Bukan hanya pengetahuan secara lisan, malah pengetahuan peserta juga diuji secara praktikal bagi memberi impak yang lebih terperinci dan bermanfaat kepada penonton.

Soalan-soalan untuk rancangan ini mendapat kerjasama dan dipantau oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), agar tidak bercanggah dengan akidah.

Famili Sarjana merupakan program kuiz kedua Astro Oasis selepas Adik Comel yang telah tamat siarannya sejak pertengahan tahun lalu.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: