Little Fockers Terlaris Minggu Ini

28 Dec

LOS ANGELES 27 Dis. – Filem Little Fockers, penampilan komedi ketiga Ben Stiller dalam siri-siri filem yang bertemakan menantu lelaki yang mengalami mimpi buruk itu, mendominasi carta box office pada hujung minggu Krismas di Amerika Utara.

Menurut penjejak box office, Exhibitor Relations, walaupun kurang mendapat perhatian daripada pengkritik, filem itu berjaya memperolehi kutipan tiket sebanyak AS$34 juta (RM105.2 juta) sepanjang tiga hari tayangan pada hujung minggu.

Filem True Grit versi baru, diarahkan oleh pasangan adik-beradik yang memenangi anugerah Oscar, Joel dan Ethan Coen menduduki tangga kedua carta.

Jeff Bridges memegang watak sebagai Rooster Cogburn iaitu Marsyal Amerika Syarikat (AS) yang keras kepala dan kaki mabuk, dalam versi baru filem yang pernah dihasilkan pada 1969. Ia meraih kutipan tiket sebanyak AS$25.6 (RM79.2 juta), sekali gus memberikan kutipan pembukaan terbaik yang pernah diperoleh adik-beradik Coen.

Bridges juga membintangi filem yang menduduki tangga teratas carta pada hujung minggu lalu, TRON: Legacy yang mencatat kutipan tiket berjumlah AS$20.1 juta (RM62.1 juta) pada hujung minggu kedua tayangannya. Namun, filem itu jatuh di tangga ketiga minggu ini.

Di tangga keempat ialah filem Voyage of the Dawn Treader, siri ketiga dalam The Chronicles of Narnia yang berdasarkan buku klasik kanak-kanak karya C.S. Lewis. – AFP

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: