Persiapan Paling Gah AJL25

28 Dec

DEBARAN komposer dan 13 artis yang terbabit dalam Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) semakin kencang dan hanya pada 9 Januari depan nanti segala-galanya akan terjawab. Sekali lagi AJL25 memilih Stadium Putra, Bukit Jalil dan ia dibawakan secara langsung menerusi TV3 selama dua jam setengah.

Kesungguhan TV3 menganjurkan anugerah muzik paling berprestij ini dibuktikan apabila tampil dengan pembaharuan demi pembaharuan yang semakin menarik saban tahun. Bersempena dengan jubli

perak pertandingan ini, AJL25 menjanjikan sesuatu lebih menarik dan akan diingati jutaan penonton.

Pada sidang media, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan memberitahu dia menghantar penerbit AJL25, Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam ke beberapa negara sebagai pendedahan kepada tugasnya.


Harapannya Gbam yang bertanggungjawab menerbitkan AJL24 yang dilihat cemerlang tahun lalu akan menghasilkan produksi lebih hebat.


Mengakui beban diletakkan ke atas bahunya begitu berat, Gbam menjelaskan akan bekerja keras bagi memastikan harapan besar ‘bosnya’ terlaksana.

“Lemah semangat saya sekejap apabila diminta melepasi penanda aras AJL tahun lalu. Belum pernah lagi selama 25 tahun AJL, seorang penerbit diminta menerbitkannya berturut-turut. Bagaimanapun dengan pendedahan yang diberikan sebelum ini, saya yakin dapat merealisasikan hasrat Datuk Farid.

“Untuk itu saya sudah bersedia menampilkan tema pemetaan muzik (music mapping) yang menggambarkan perjalanan muzik ke tahap sekarang. Saya bersungguh-sungguh menghasilkan satu persembahan yang bakal diingati,” katanya.

Untuk penyediaan set pentas, Gbam mendapatkan khidmat Mohd Rafi Mustafa yang begitu sinonim dengan penyediaan set pentas acara besar. Pentas pula dibahagikan kepada dua bahagian dan menggunakan teknologi terkini pemancar LED (Light Emmitting Diode) sebanyak 600 panel.

“Dengan adanya pentas besar, persembahan dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Ia dapat mengurangkan masa menunggu kerana biasanya band akan ambil masa untuk buat persediaan alat muzik serta menjimatkan set. Pentas akan dicantikkan dengan imej grafik dengan 13 kamera,” katanya.

Gbam teruja apabila semua finalis bersemangat mahu menggunakan set pentas ini. Mereka hanya perlu menggunakan kreativiti sendiri untuk menggunakan pentas ini sebaik mungkin. Sistem hidraulik yang digunakan juga dapat mengubah suai pentas mengikut konsep lagu setiap finalis.

Sementara itu, Farid memberitahu kos AJL25 adalah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: