Sein Nafi Pihak Ketiga Punca Perceraian

28 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Punca perceraian dengan bekas isterinya masih diperkata sehingga kini. Ada pihak mendakwa orang ketiga menyebabkan juara Sehati Berdansa musim ketiga ini berpisah. Namun tidak adil sekiranya membuat andaian berdasarkan kata-kata kosong.

ManggaOnline (MO) cuba mendapatkan penjelasan Sein berhubung masalah yang menimpa kehidupannya kini sewaktu ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2010.

Jelas Sein, hubungannya dengan Nana masih berjalan lancar walau selepas bercerai. Mengakui kehidupannya kini sunyi tanpa anak dan isteri disisi, namun itulah jalan yang dipilih selepas kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk keluar daripada kediaman mereka dan duduk berasingan.

“Memang sunyi sekarang ini tapi saya sibukkan diri dengan bekerja. Buat masa sekarang saya sedang usahakan skrip untuk filem pertama syarikat produksi saya.

“Kalau ada masa terluang, saya akan berjumpa anak-anak dan syukur hubungan dengan Nana masih lagi baik. Kami berpisah atas sebab tiada persefahaman. Tiada sebab lain. Pakaian saya hari ini pun Nana yang pilihkan.

“Saya hairan bagaimana orang boleh berkata ada pihak ketiga. Kalaulah betul saya ada kekasih lain, pasti perceraian kami akan berlaku dengan teruk sekali. So tak logiklah kalau ada orang ketiga.

“Memang kasihan dengan anak-anak, namun mungkin sampai sini jodoh kami. Dan bagi saya perceraian ini tak ada kena mengena langsung dengan badi Sehati Berdansa,” ujarnya yang baru menamatkan pengajian di London School Film.

Sein dan Nana mendirikan rumah tanggan pada Julai 2006 dan dikurniakan dua cahayamata iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

FOTO oleh NOOR ASREKUZAIREY SALIM

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: