Shafie Dimarahi Pengarah

28 Dec

HAMPIR setahun menyepi dari dunia lakonan kerana bersedih dengan pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad di samping menumpukan perhatian kepada pelajaran, Mohd Shafie Naswip, 18, atau Shafie kembali menerusi filem Songlap arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak.

Memegang watak Ad, Shafie digandingkan dengan pelakon semakin mencipta nama Shaheizy Sam dan pendatang baru Sara Ali dalam filem yang mengangkat tema hubungan kekeluargaan dan perdagangan manusia.

Ditemui pada sidang media tamat penggambaran filem terbitan Red Film dengan kerjasama Primeworks Studios itu, baru-baru ini, Shafie akui kerana sudah lama tidak berlakon, dia berasa kekok pada awal penggambaran.

“Rasa seperti apa yang saya persembahkan tidak kena. Tidak dinafikan di lokasi saya turut dimarah pengarah, tapi saya tidak kisah kerana teguran dibuat akan membolehkan lakonan saya menepati apa yang dimahukan,” katanya.


Cerita Shafie sebelum ini dia tidak berlakon kerana bersedih dengan pemergian Allahyarham Yasmin, malah perkara itu membuatkan hatinya berat untuk meneruskan kerjaya lakonan.


Begitupun atas nasihat rakan-rakan dan keluarga, akhirnya dia mengalah.

Dalam filem itu, dia memainkan watak seorang remaja lelaki yang terjebak dengan sindiket menjual bayi.

“Antara babak paling susah apabila saya harus bergandingan dengan Mak Normah (Normah Damanhuri) yang memegang peranan sebagai pelacur tua.

“Bukan saya malu atau takut, tapi saya rasakan apa yang saya persembahkan tidak serasi dengan lakonan Mak Normah.

“Saya akui sebagai pelakon profesional, Mak Normah sudah memberikan yang terbaik dan cuba mengikut rentak saya, tapi saya masih rasa gagal untuk menghayati apa yang dipersembahkan,” katanya.

Sebagai pelakon yang sudah berpengalaman dan memenangi pelbagai anugerah antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi Talentime, kenyataan Shafie itu sudah tentu susah dipercayai.

“Mungkin kerana sebelum ini saya tak pernah berlakon filem arahan orang lain.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: