Apabila DAMPING MALAM Sentiasa Menghantui

29 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Berhati-hati kerana manusia tidak mampu mengambil alih tugas tuhan. Itulah mesej yang cuba disampaikan pengarah Ahmad Idham dalam filem terbaru arahannya, Damping Malam. Turut sama terlibat sebagai barisan pelakon utama, Idham cuba menerapkan elemen seram dalam drama keluarga ini.

“Banyak sangat filem remaja yang saya arahkan dan saya tak nampak di mana watak yang boleh saya pegang di dalamnya. Damping Malam menampilkan filem keluarga dengan elemen seram dan watak Wadi menarik perhatian saya untuk muncul semula dalam layar,” ujarnya.

Filem yang menelan kos RM1.8 juta ini membariskan Amy Mastura, Erynne Erynna, Azizah Mahzan dan Eizlan Yusof.

Damping Malam mengisahkan Wadi (Ahmad Idham) dan isterinya, Ku Khalira (Amy Mastura) dengan kehidupan serba moden dan terbuka. Mereka dikurniakan seorang anak yang kini berusia 13 tahun, Nuraiza (Erynne Erynna) yang terpaksa tinggal berjauhan setelah diterima masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan Wadi tetapi mendatangkan kebimbangan buat Ku Khalira kerana tidak pernah berpisah dengan anak kesayangannya.

Kehidupan Nuraiza di asrama sering diganggu makhluk halus dan mendatangkan trauma kepada dirinya. Dia tidak pernah diajar doa atau ayat melindungi diri maka Nuraiza jadi tidak menentu dan gangguan itu berterusan. Ku Khalira mengesyaki Umi Siah (Azizah Mahzan) ada muslihat dan gangguan yang datang kepada anak dan rumahnya disebabkan niat jahat Umi Siah.

Keanehan di rumahnya mula dirasai Wadi apabila Ustaz Bakri (Eizlan Yusof) terasa unsur negatif di dalamnya dan menasihatkan Wadi membanyakkan solat dan amalan agama. Wadi mula menyedari apa yang selama ini tersembunyi daripada penglihatannya. Saksikan kesudahannya bermula 30 Disember ini di pawagam seluruh negara.

 

FOTO IHSAN MIG

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: