Cabaran Baru Bernard, Lina

29 Dec

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar IZHAM JAAFAR

SEBAIK sahaja melangkah kaki dalam dunia pengarahan filem, nama pengarah yang seorang ini dengan pantas meraih perhatian yang cukup meluas.

Mula tampil dengan filem arahan pertamanya, Gol & Gincu, Bernard Chauly tidak perlu menunggu lama untuk namanya meniti di bibir peminat filem tempatan.

Tidak keterlaluan dikatakan, Bernard antara pengarah muda yang sentiasa tampil dengan idea serta konsep yang segar dan baru dalam setiap karya yang dihasilkannya.

Walaupun pada hakikatnya Bernard sebenarnya sudah lama bergelumang dalam bidang seni menerusi drama dan cukup dikenali sebagai pengarah rancangan berinformasi, 3R, baginya setiap karya yang dihasilkan mempunyai cabarannya tersendiri dan sebagai seorang pengarah, dia mahu memastikan karya-karya itu dapat memberikan impak yang luar biasa.

Menerusi karya terbarunya, Gadis Semasa Sunsilk, Bernard mengakui ia merupakan antara cabaran terhebat baginya sebagai seorang pengarah.

Manakan tidak, program itu merupakan seumpamanya di negara ini apabila ia menampilkan drama realiti yang belum pernah diterokai dalam mana-mana penerbitan tempatan.

Jika sebelum ini, masyarakat sudah terlalu biasa disogokkan dengan pelbagai program realiti berbentuk hiburan, Gadis Semasa Sunsilk menjanjikan satu kelainan yang pastinya mampu menarik perhatian ramai.

Namun, kali ini, senario itu berubah apabila Gadis Semasa Sunsilk yang diterbitkan sebanyak 13 episod itu akan membawa penonton menyelusuri kehidupan sebenar seorang gadis yang bakatnya dikesan menerusi YouTube.

“Di sinilah terletaknya cabaran saya sebagai seorang pengarah kerana para pelakon di dalam siri ini adalah orang biasa yang membawakan watak diri mereka sendiri.

“Tetapi, dengan adanya bengkel lakonan selama tiga minggu, mereka dapat menyesuaikan diri dengan konsep drama ini walaupun pada awalnya, mereka kelihatan sungguh kekok kerana tidak biasa untuk beraksi di hadapan kamera.

“Namun saya teruja terlibat dalam projek ini kerana ia membawa satu perubahan baru dalam bidang penyiaran di negara ini khususnya dalam konteks program realiti. Inilah kali pertama apabila drama dan realiti digabungkan menjadi satu,” jelas Bernard penuh bersungguh tentang Gadis Semasa Sunsilk yang diterbitkan oleh Red Communications itu lagi.

Pengarah filem Pisau Cukur itu ditemui pada sidang akhbar Gadis Semasa Sunsilk yang diadakan di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Penerbit Eksekutif Gadis Semasa Sunsilk, Lina Tan; Pengurus Pemasaran Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Ashlee Ng dan Pengurus Jenama, Kumpulan Perniagaan Penjagaan Rumah dan Diri Unilever, Emily Chong.

Hadir sama ialah tiga personaliti popular sebagai pakar dalam bidang seni dan kecantikan iaitu Ajai selaku pakar vokal, Wardina Safiyyah (personaliti) dan Bambang Sutrisno Soteto (dandanan).

Tambah Bernard lagi, sebelum ini dia pernah mengarahkan filem, drama dan program berbentuk majalah tetapi Gadis Semasa Sunsilk merupakan program realiti pertama arahannya.

“Saya juga tidak mahu gadis terbabit berlakon sehingga dia tidak menjadi dirinya sendiri walaupun kami mempunyai skrip sebagai panduan.

“Kami mahu penonton sendiri berasa teruja dengan program ini dan selama tiga bulan, mereka akan dapat melihat sendiri perjalanan kehidupa gadis yang cukup berbakat ini,” ujarnya yang juga pernah mengarahkan filem Goodbye Boys pada tahun 2007 ini lagi.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: