GEMURUH DT Gempak Tapi …

29 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Tak dapat dinafikan, kumpulan rock lagenda ini sememangnya menakjubkan. Walau usia semakin dimamah masa, namun semangat perjuangan mereka masih padu dan utuh. Surf Beach Sunway Lagoon menjadi saksi kehebatan Search dan Wings beraksi.

Segalanya sempurna melihat persembahan di atas pentas. Ribuan peminat memenuhi tapak konsert bersatu menyanyikan lagu-lagu popular seperti Fantasia Bulan madu, Isi Atau Kuku, Sejati dan Gemuruh. Lagu medley seperti Rozana, Semalam Yang Hangat, Gadisku, Taman Rashidah Utama, Misteri Mimpi Syakila dan Meniti Titian Usang turut disampaikan.

Bangga ManggaOnline (MO) nyatakan konsert artis antarabangsa seperti Ne-Yo dan Akon juga tidak seramai ribuan peminat yang memenuhi Konsert Gemuruh Double Trouble (DT) di Sunway Lagoon.

Namun dalam ketakjuban ini terselit rasa kesal dengan pihak penganjur yang begitu bangga menguar-uarkan penglibatan mereka dalam konsert rock lagenda ini. Masakan tidak, konsert yang sepatutnya menjadi penutup GEMURUH DT tidak dilengkapi dengan sistem penataan bunyi yang baik. Malah pentas dibina pada ketinggian sekadar tiga kaki menyukarkan penonton di bahagian belakang menyaksikan persembahan idola mereka secara langsung.

Konsert sebegini tidak sepatutnya diberikan kepada Search dan Wings yang merupakan lagenda rock tanah air. Namun Search dan Wings tetap memberikan kerjasama dan persembahan terbaik buat peminat. GEMURUH DT di Sunway Lagoon hanyalah penutup tirai untuk tahun ini dan akan diteruskan pada tahun hadapan di Singapura dan Sarawak.

Bagi Awie, kebangkitan semula Wings dan Search bermula pada Konsert Double Trouble di Mont Kiara, Kuala Lumpur dan berterusan seiring dengan jelajah Konsert DT.

“Kenangan paling indah adalah sewaktu pembukaan konsert dan hari ini di Sunway Lagoon. Dan bagi saya crowd di Kuala Lumpur yang terbaik dan paling sporting. Tahun depan kami akan teruskan lagi dengan Konsert Red On Black dan Wings akan beraksi di Istana Budaya tahun depan,” katanya.

MO kongsikan bersama foto-foto Konsert GEMURUH DT bagi yang tidak berpeluang menontonnya.

FOTO oleh AMIN FARIJ HASAN

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: