SOSEHSOSEH: Aizat Rancak Buat Persediaan

29 Dec

TIDAK dinafikan Aizat Amdan antara bintang realiti program yang bertuah dan dianggap antara bintang muda paling menonjol dalam dunia seni.

Namanya meniti di bibir peminat muzik tanah air selepas tampil bersama album sulung, Percubaan Pertama disusuli kejayaan merangkul pelbagai pengiktirafan sejak beberapa tahun lalu.

Bukan hanya mencatat sejarah menerusi muat turun nada dering antara paling tinggi untuk Hanya Kau Yang Mampu, malah menang Anugerah Juara Lagu (AJL) 2009 menerusi lagu Pergi ciptaan Pete Teo yang menjadi lagu tema filem Talentime.

Biarpun gagal bersaing di pentas akhir AJL 2010, Aizat yang kini popular dengan lagu Sungai Lui, tidak langsung menjejaskan semangat anak muda ini untuk terus berkarya.

SS dapat tahu, Aizat yang terkenal dengan sikap ‘low profile’ terus berusaha gigih mempromosi lagu-lagu terbaru menerusi album keduanya, Urusan Aizat Amdan. SS difahamkan, syarikat pengurusannya, Kasi Gegar Entertainment (KGE) bertungkus-lumus merancang konsert khas buwat peminat Aizat.

Ketika ini KGE yang dinaungi ibu bapa Aizat, rancak membuat persediaan untuk showcase solo pertama dijadualkan berlangsung di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara pada 29 Januari ini.

Mungkin ada yang tertanyatanya berapa harga tiket dan bagaimana untuk menyaksikan showcase berkenaan. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.

aizatamdan.com atau hubungi KGE di talian 03-42707020.

Peminat boleh mengikuti showcase berkenaan dengan membeli tiket RM50. Begitupun harga promosi diberikan kepada mereka yang membeli secara online iaitu RM22 hingga RM35. Peminat juga berpeluang mendapatkan barangan cenderahati eksklusif Aizat pada hari persembahan.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: