Tidak Mahu Jadi Pengkhianat

29 Dec

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN


HEBAT… Pierre Andre (kanan) bersama tiga pelakon drama Tiramisu iaitu (dari kiri) Zain, Sharifah Amani dan Tania Hudson pada majlis pelancaran drama itu di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MEMANG sudah lama penulis tidak bertemu dengan pelakon dan pengarah yang seorang ini. Kalau tidak silap perkiraan, kali terakhir ketika majlis prebiu filem I’m Not Single sekitar Julai 2008.

Lalu, apabila dapat bertemu semula dengan Pierre Andre pada majlis pelancaran drama Tiramisu di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini, kesempatan itu diambil untuk duduk bersembang dengannya.

Daripada pengamatan penulis, Pierre hari ini sudah jauh beza ketika kali terakhir bertemu dengannya.

Bicaranya semakin matang dan tenang sesuai dengan usianya yang sudah mencecah 25 tahun itu.

Banyak perkara yang dibualkan dan sebagai pembuka bicara, penulis bertanyakan tentang kisah di sebalik kontroversi yang melanda dirinya sepanjang dua tahun lalu.

Seboleh-bolehnya Pierre enggan lagi menyingkap kisah silam itu tetapi kata anak sulung seniwati Khatijah Tan ini, apa yang berlaku disifatkannya sebagai satu proses kematangan untuk dirinya.

Tidak malu untuk mengaku, Pierre menjelaskan apa yang berlaku ketika itu ada kaitannya dengan darah panas anak muda sepertinya yang kuat memberontak.

Sehinggakan dia sendiri pernah menghentak meja dengan kuat ketika mengadakan perbincangan dengan David Teo ketika kontroversi tentang dirinya hangat diperkatakan.

“Apa sahaja yang telah berlaku sebenarnya membuatkan saya sedar dan banyak berfikir tentang masa depan saya.

“Memang ketika itu, usia saya pun masih muda dan ada kalanya tidak boleh berfikir secara matang. Semuanya mengikut kata hati sahaja.

“Tetapi kini, saya sudah jauh berubah dan sepanjang dua tahun ini, saya menyifatkan diri saya seorang yang semakin matang dalam menilai serta membuat sebarang keputusan.

“Saya semakin mendekati Allah SWT dan kerana itu, saya memang dapat merasakan kehidupan saya kini semakin tenang ,” ujar Pierre tanpa selindung.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: