80,000 Penonton Terhibur

30 Dec

MESKIPUN berdepan cuaca tidak menentu, Konsert Star Live 2010 yang berlangsung di perkarangan letak kereta, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini tetap mendapat sambutan hangat kerana lebih 80,000 penonton tidak melepaskan menyaksikan bintang pujaan mereka dari Taiwan dan Malaysia.

Konsert itu dibawakan secara percuma bagi peminat Saluran Ceria Anda itu. Acara ke udara secara langsung oleh ntv7, dihoskan dua pengacara dinamik, Cheryl Lee dan Nic.

Persembahan dimulai dengan pemenang peraduan Be A Star, Ice bersama dua rakannya, Einzeln Lady dan 2X, melalui gerak tari dan koreografi menarik.

Kemunculan penyanyi Taiwan, Landy Wen yang tampil dengan pakaian seksi di pentas utama pencuri perhatian. Wen menyampaikan lagu rancak, Hot Wave (Re Lang) diikuti lagu Silly (Sha Gua). Persembahan diteruskan dengan artis tempatan, Wu Jia Hui dan Will Ng.

Artis yang mencipta nama di Taiwan, Peter Ho, seterusnya tampil mengagumkan penonton dengan nyanyian medley, diikuti lagu Perfume (Xiang Shui) dan lagu puitis, I Remember Falling In Love Before (Wo Ji De Wo Ai Guo).

Persembahan dimeriahkan dengan kemunculan penyanyi rap, MC Lin menerusi lagunya, ABC. MC Lin adalah satu-satunya artis Cina yang menembusi carta Billboards Top 200 Albums. Tidak ketinggalan petikan gitar bintang berbakat Hanjin yang mengiring nyanyian MC Lin. Hanya berbekalkan gitar, bakat Hanjin pernah dibandingkan oleh majalah Times dengan Sammy Davis Jr. Dia menyanyikan lagu Love One Step At A Time (Yi Bu Yi Bu Ai). Hanjin yang pernah menerbitkan lagu untuk Christina Aguilera dan idola pop Korea, Rain akui itu adalah persembahan sulungnya di Malaysia. Penonton turut dihiburkan dengan penampilan istimewa pasangan artis pop dari Taiwan, AK yang memberi persembahan lincah dan bertenaga. Penampilan artis tempatan, VChuan tidak menghampakan ketika menyanyikan beberapa lagu balada diikuti persembahan Thomas Jack. Penyanyi dari China berpangkalan di Taiwan dan menjadi pujaan peminat Cina, Della Ding Dang tidak kurang hebatnya. Dia berjaya menarik minat penonton melalui lagu Feel Good (Fu Good).

Nyanyian yang menyentuh jiwa berjudul I Love Him (Wo Ai Ta) Della memang dirasai penonton yang menyanyikan lagu itu bersamanya.

Di akhir konsert, JJ Lin yang tampil mengenakan kot berkilau dan kenakalannya membuatkan peminat teruja. Sebagai penutup tirai, konsert itu diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: