Bon Jovi Tarikan Utama Konsert Dunia

30 Dec

LOS ANGELES 29 Dis. – Bon Jovi mungkin tidak diendahkan oleh Rock and Roll Hall of Fame, tetapi kumpulan rock veteran ini berjaya mengakhiri tahun ini sebagai tarikan utama konsert dunia.

Bon Jovi mencatat jualan tiket konsert bernilai AS$201.1 juta (RM622 juta) di seluruh dunia, hasil promosi album 2009 yang tidak mendapat sambutan hangat, menurut majalah Poolstar.

”Walaupun jualan keseluruhan tiket menurun ketika kegawatan ekonomi, konsert Bon Jovi tetap mendapat sambutan.

”Jualan tiket untuk konsert jelajah yang tersenarai dalam 50 teratas jatuh 12 peratus kepada AS$2.93 bilion (RM9.06 bilion) di seluruh dunia, manakala jatuh 15 peratus kepada AS$1.69 bilion (RM5.23 bilion) di Amerika Utara,” kata Poolstar.

Konsert jelajah di luar negara menjadi lebih menguntungkan kepada pemuzik, terutamanya ekoran kemudahan infrastruktur yang bertambah baik di seluruh Asia dan bekas blok Soviet, lapor majalah itu.

Kumpulan rock AC/DC menduduki tangga kedua dengan jualan tiket konsert di luar negara berjumlah AS$177 juta (RM547 juta) diikuti kumpulan rock Ireland, U2 di tangga ketiga dengan jualan tiket berjumlah AS$160.9 juta (RM498 juta).

Di tangga keempat ialah Lady Gaga yang memperolehi jualan tiket berjumlah AS$133.6 juta (RM413 juta) hasil kerja kerasnya mengadakan konsert jelajah sebanyak 138 kali dengan dua pertiga daripadanya diadakan di luar negara.

Sebaliknya Bon Jovi hanya mengadakan 80 konsert, AC/DC 40 konsert dan U2 32 konsert.

Metallica pula menduduki tangga kelima dengan hasil jualan tiket berjumlah AS$110.1 juta (RM341 juta) daripada 60 konsert yang diadakannya di luar negara.

Kedudukan keenam menampilkan penyanyi Kanada, Michael Buble dengan jualan tiket berjumlah AS$104.2 juta (RM322.3 juta), diikuti rapat oleh konsert rancangan keluarga, Walking with Dinosaurs di tangga ketujuh yang memperolehi jualan tiket berjumlah AS$104.1 juta (RM322 juta).

Paul McCartney pula menduduki tangga kelapan dengan jualan tiket sebanyak AS$93 juta (RM 288 juta), Eagle di tangga kesembilan dengan jualan berjumlah AS$92.3 juta (RM285 juta) dan bekas anggota Pink Floyd, Roger Waters di tangga ke-10 dengan jualan sebanyak AS$89.5 juta (RM277 juta). – Reuters

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: