Borak Lokasi: Kenangan Mandi Lumpur Tanah Kubur

30 Dec

PENGALAMAN bermandi lumpur di kawasan perkuburan ketika menyiapkan penggambaran drama Tanah Kubur menjadi kenangan paling pahit buat Abd Rais Ismail atau Rais.

Begitupun, dia menganggap ia suatu pengalaman yang cukup berharga dalam menjayakan sesuatu karya.

Rais bukan hanya bergantung kepada lakonan, namun kreativiti mereka yang terbabit dalam menghasilkan sesuatu karya juga memainkan peranan penting. Dia mula terbabit kerja di belakang tabir sejak lima tahun lalu mengakui seronok bertugas sebagai tenaga kreatif malah bidang pengurusan membuatkan dia belajar banyak perkara.

Bermula dengan drama Mentari Jingga, Rais yang memulakan tugas sebagai kru biasa mengakui minat mendalam pada dunia seni membuatkan dia terdorong untuk terbabit dalam kerja di belakang tabir.

“Walaupun bertugas sebagai kru bebas, banyak perkara saya pelajari membabitkan aspek teknikal. Ia ternyata memberi keyakinan kepada saya untuk melakukan tugas pengurusan kerana mendapat bimbingan daripada mereka yang lebih berpengalaman seperti abang Rashid (Sibir).

“Kerjasama berpasukan sangat dititik beratkan dalam produksi. Tanpa kerja berpasukan apa saja yang dilakukan tidak berjalan lancar. Di sini komunikasi antara satu sama lain cukup memainkan peranan penting,” katanya.

Rais yang pernah berkhidmat sebagai pengurus produksi dalam drama Nur Iman, Cikgu Kamisah Kirbi, Syurga Di Pagi Syawal dan Ulek Mayang meletakkan sasaran untuk memiliki sebuah produksi sendiri suatu hari nanti. Justeru untuk berada pada tahap itu dia perlu membuat persediaan yang lebih jitu.

Tidak dinafikan setiap individu memainkan peranan penting dalam penggambaran. Kesilapan kecil juga mampu menjejaskan perjalanan penggambaran jadi setiap individu mempunyai amanah dan tanggungjawab besar.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: