Maher Zain Mohon Maaf

30 Dec

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Penyanyi popular antarabangsa, Maher Zain (gambar) yang terkenal dengan lagu Insya-Allah memohon maaf selepas tidak muncul untuk sebuah rancangan TV9 pada Ahad lalu.

Menurut Maher, dia gagal menghadirkan diri ke program ‘Nasi Lemak Kopi O’ kerana salah faham pihak pengurusannya berhubung tarikh program itu berlangsung.

“Kami menyangka program itu bukan pada Ahad, sebaliknya keesokan harinya. Jika saya tahu ia pada hari Ahad, saya pasti akan memastikan kehadiran pada program itu.

“Saya memohon maaf kepada semua kerana salah faham ini atau jika ketidakhadiran saya menyusahkan mana-mana pihak,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar Maher Zain Live In Concert 2011 di sini hari ini.

Penyanyi yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia menerusi lagu dakwah itu menghampakan hampir 300,000 penonton setia program ‘Nasi Lemak Kopi O’ yang bersiaran secara langsung apabila gagal menghadirkan diri ke program tersebut.

Maher yang tiba di Malaysia kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu berada di sini sehingga 1 Januari 2011 bagi memenuhi undangan persembahan serta menguruskan pelbagai urusan seninya.

Beliau juga akan merakamkan lagu Insya-Allah dalam bahasa Melayu ketika berada di sini.

Selain itu, Maher turut mempromosikan konsert pertamanya di Malaysia, Maher Zain Live In Concert 2011 pada 25 dan 26 Februari 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Tiket yang berharga RM50 hingga RM290 itu akan mula dijual pada minggu pertama bulan depan dan segala maklumat boleh diperoleh dengan melayari http://www.inteam. com.my.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: