Parut Dipukul Masih Ada

30 Dec

SEMANGATNYA sekental lelaki. Namanya sendiri, Tom sudah memadai bagi membuktikan kekuatan dalam jiwanya untuk berdepan segala rintangan.

Sejak melonjak selaku juara program realiti nyanyian MyStarz LG 3, kelibat Tom jarang dilihat menjayakan persembahan pentas.

Bagaimanapun, penyanyi kecil bersuara lantang ini diam-diam ubi kerana akhirnya dia mengotakan janji untuk muncul dengan album sendiri. Tom tampil dengan album sulung, Redha yang kini berada dalam pasaran.

Kata Tom, Redha mencetus semangat buat dirinya selepas terjebak dengan kontroversi dipukul beberapa lelaki di Damansara, Kuala Lumpur, Julai lalu. “Seperti seorang kanak-kanak terjatuh, parutnya sudah tentu masih ada. Saya sudah pulih dan lebih matang sekarang. Kontroversi sudah pun berlaku dan saya reda menerimanya. “Saya juga sudah mampu mengawal trauma dan emosi gara-gara peristiwa pahit itu. “Selepas kejadian, saya susah hendak lelapkan mata hinggakan saya memerlukan ubat untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

“Sekarang saya mahu menghadiahkan album kepada semua peminat yang menyokong saya selama ini sejak saya menyanyi bersama band dan kemudian menyertai Mystar LG 3,” kata Tom pada majlis pelancaran album sulungnya di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Dalam keadaan kurang sihat dan suaranya yang tidak berada pada tahap 100 peratus mantap, Tom tidak mengecewakan rakan media serta jemputan dengan mendendangkan tiga daripada lima lagu termasuk single, Lagu Untuk Kuala Lumpur.

Album Redha memuatkan lagu ciptaan komposer, LY, Taja Meet Uncle Hussain (MUH) dan Noh Hujan. Adi, Wan dan Ayoy daripada kumpulan 6ixth Sense turut menyumbang.

Empat lagu lain adalah Nokhtah Sandiwara, Cinta Firdausi, Harus Akhiri dan Redha sendiri. Tom atau nama sebenar, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25, memulakan karier selaku penyanyi kelab malam bersama Hypnorush di sekitar Kuala Lumpur. Popularitinya terserlah sebagai bakal pewaris takhta Ratu Rock dengan keunikan vokal dan gaya nyanyian. Ditanya sama ada selesa menyanyikan beberapa trek perlahan berkonsep balada, Tom berkata: “Sebelum ini pun, saya memang banyak menyanyikan lagu balada, tapi peminat mahukan saya menyanyikan lagu rock. “Apapun, Redha adalah lambang hati dan perasaan manusia yang bernama Tom. Saya berterima kasih kerana ramai komposer menyumbang lagu. “Malah, hajat sekian lama terpendam untuk menyanyikan lagu ciptaan Taja MUH tercapai.

“Saya mendapat sokongan baik syarikat rakaman, Warner Music Malaysia yang banyak memberi dorongan serta sokongan rakan-rakan menerusi laman web Facebook (fb),” katanya.

Ditanya jika ada menerima tawaran berlakon selain Hotel Mania, Tom berkata, dia beberapa kali menolak kerana merasakan diri tidak berbakat untuk berlakon.

“Saya tidak merasakan bakat dalam diri cukup untuk berlakon. Rasanya lebih elok meneruskan tumpuan bidang nyanyian kerana inilah bidang diminati dan mahu diceburi sejak dulu lagi. “Selain itu, ada tawaran menjadi model majalah, juga saya tolak,” kata ibu tunggal kepada anak lelaki berusia dua tahun, Megat Ariel Shakur. Pada masa sama, Tom akan menjayakan satu siri jelajah promosi diberi nama Rock N Riuh Era Warner 2011 di seluruh Malaysia bermula Januari 2011. Tom akan muncul di lokasi bersama barisan artis lain seperti Jinbara, Fiq, Wana dan Nashrin.

Jelajah itu bermula di Suria Kota Kinabalu (14 Januari), Tun Jugah Mall, Kuching (15 Januari), East Coast Mall, Kuantan (22 Januari), Plaza Angsana Johor Bahru (23 Januari) dan Taiping Central (29 Januari).

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: