Tahun Baru Ahmad Jais

30 Dec

KEMERDUAN suara penyanyi lagenda, Datuk Ahmad Jais menyanyikan lagu pelbagai rentak seperti asli, irama Malaysia tidak perlu disangkal lagi hingga dipilih menjayakan persembahan sempena sambutan tahun baru di Hotel Quality, Shah Alam.

Malah penganjur turut menawarkan pakej istimewa untuk memberi peluang kepada peminat Ahmad Jais. Malam sambutan yang diadakan secara santai bertema Hawaiian Countdown Party itu turut menampilkan persembahan Rohana Jalil serta penampilan khas penyanyi irama joget, Chef Zainal Rahman dan Abol. Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian istimewa daripada kumpulan Kirana Dancers. Selain berhibur dengan persembahan artis, pengunjung juga berpeluang mengambil bahagian dalam beberapa acara yang disediakan seperti permainan, pertandingan pakaian terbaik dan cabutan bertuah. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan termasuk LCD TV.

Pengurus Persembahan, Mas Omar berkata program yang julung kali diadakan hotel berkenaan adalah kesinambungan kejayaan menganjurkan majlis seperti Minggu Setiausaha, sambutan hari jadi dan program khas. Penganjur berasakan pemilihan artis berdasarkan kesesuaian dan boleh diterima semua golongan.

“Penganjur juga memberi penghormatan kepada Chef Zainal dan Abol untuk berkongsi pentas dengan Rohana Jalil dan Datuk Ahmad Jais. Bukan saja menyanyi lagu joget daripada album masing-masing, Chef Zainal dan Abol akan menyanyikan beberapa lagu popular nostalgia serta tema filem Melayu 60-an. “Rohana pula bakal menghiburkan peminat dengan himpunan lagu popularnya. Sementara kemuncak persembahan menyaksikan Ahmad Jais menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Di Ambang Sore. “Tidak ketinggalan persembahan lagu duet bersama Rohana dan artis yang terbabit pada persembahan itu menerusi lagu Budi Setahun Segunung Intan dan Juwitaku Sayang,” katanya. Chef Zainal dan Abol baru saja melancarkan album solo pertama masing-masing, Joget Tukang Masak (Chef Zainal) dan Joget Tukang Jahit (Abol) di mana setiap rangkap lagu yang dinyanyikan berkaitan dengan bidang kerjaya masing-masing.

Sempena sambutan Ambang 2011 esok, Hotel Quality menawarkan konsep penjualan meja untuk mereka yang berminat menyertai majlis berkenaan. Pengunjung bakal dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan disediakan chef profesional hotel. Tiket dijual pada harga RM88 seorang untuk dewasa dan RM38 kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Pihak pengurusan turut menawarkan pakej menarik kepada mereka yang ingin menginap di hotel berkenaan sempena tahun baru dengan harga serendah RM250 satu bilik untuk satu malam.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: