Zwen Mahu Hasil Lagu Ketuhanan

30 Dec

TIDAK ramai penyanyi muda yang mempunyai kesedaran untuk menghasilkan lagu bercorak Ketuhanan.

Topik yang sering diketengahkan mereka lebih menjurus kisah percintaan.

Namun, berbeza dengan pendatang baru Baharudin Mohd Ridzuan, 24, yang mahu dikenali sebagai Zwen kerana dia melihat penerbitan lagu sedemikian membawa manfaat yang besar kepada masyarakat.

“Masyarakat semakin gemarkan lagu bercorak ketuhanan dan ini terbukti apabila kehadiran Maher Zain diterima baik oleh pendengar di Malaysia.

“Saya mengagumi idea Maher yang mengenengahkan lirik ketuhanan namun diadun muzik yang moden dalam hampir setiap lagu ciptaannya.

“Mereka yang meminatinya bukan saja beragama Islam, tetapi juga bukan Islam. Lagu sebegitu sememangnya mampu mendorong kita sebagai individu juga pendengar berubah ke arah kebaikan,” katanya.

Mengakui masih lagi dalam proses membangunkan muzik untuk lagu itu, seperkara yang agak mencabar menghasilkan lagu berkonsepkan demikian di mana melodinya haruslah kuat.

Malah, Dwen menambah, bersesuaian dengan jiwa dan kehendak anak muda, elemen muzik seperti R&B disuntik untuk menghasilkan sesuatu yang segar dan moden. Pernah mencuba nasib menerusi single pertama, Tak Bisa, namun lagu berkenaan kurang mendapat liputan radio tempatan.

“Sedikit kecewa namun saya sedar ini mungkin sebahagian daripada cabaran menjadi artis. Jika artis yang sudah lama bertapak pun lagu mereka tidak diputarkan di radio, apatah lagi orang baru seperti saya.

“Justeru, untuk kemunculan single kedua ini, saya berharap sangat dapat menjalinkan kerjasama dengan komposer terkenal Hazami. “Selain cukup meminati lagu ciptaannya, saya sedar kerjasama dengan komposer pengalaman penting untuk menaikkan nama penyanyi baru seperti saya,” katanya cukup meminati muzik R&B.

eralih pada perancangan lain, Dwen sedang merancang mengadakan sebuah showcase amal membabitkan artis muda serta mereka yang berpengalaman. ‘Showcase’ yang diadakan bertujuan mengutip dana untuk pesakit kanser.

Mengapa kanser bukan penyakit lain? Kata Dwen, kesedaran itu datang selepas mengetahui bahawa ibu angkatnya seorang pesakit penyakit berbahaya itu.

“Penganjuran ‘showcase’ ini masih lagi dalam perbincangan dan kami juga berusaha untuk mendapatkan tajaan. Bayaran masuk untuk setiap tiket akan disalurkan ke dana berkenaan.

“Insya-Allah kita mendapat tajaan badan bukan kerajaan dan korporat. Kami juga merancang untuk mengadakan ‘showcase’ dalam bentuk siri jelajah,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: