InsyaAllah Versi Melayu

31 Dec

MENGANGGAP Malaysia adalah ‘rumah keduanya’, penyanyi popular Maher Zain mengaku dia selesa sepanjang berkunjung ke negara ini.

Bahkan, dia turut mengharapkan semoga kunjung kali kedua ini bukan yang terakhir.

Menggemari sate, Maher akui dia kini dalam proses belajar bahasa Melayu.

Katanya, selain tujuan untuk merakamkan lagu InsyaAllah dalam versi bahasa Melayu, ia juga untuk memudahkannya berkomunikasi bersama peminat tempatan.


Katanya, dia mahu merakamkan lagu InsyaAllah dalam versi Melayu sebagai tanda terima kasih kepada peminatnya di negara ini.


Ujarnya lagi, dia juga sudah merakamkan lagu InsyaAllah dalam versi Turki, Perancis dan Arab.

“Saya suka mencuba perkara baru dan seronok dengan cabaran dihadapi. Malah, saya suka belajar bahasa negara lain untuk meluaskan ilmu.

“Dalam soal belajar bahasa, saya sering meminta rakan-rakan membantu kerana ia perkara yang baik.

“Syukur, setakat ini apa yang saya rancang berjalan lancar. Apapun, saya sangat berterima kasih dan menghargai sokongan peminat. Saya akan berusaha melakukan yang terbaik dalam konsert sulung pada 25 dan 26 Februari 2011 nanti,” katanya.

Dijadualkan beraksi di Stadium Malawati, Shah Alam, jam 8.30 malam, Maher Zain tidak keseorangan menghiburkan peminatnya dalam konsert itu. Dia turut mengundang Iffan Makki dari Kanada, Mesut Kurtis (Macedonia) dan Inteam (Malaysia).

Teruja menunggu penganjuran konsertnya itu, Maher juga dalam penantian kelahiran anak sulung yang dijangka April 2011.

Justeru, katanya, isteri tersayang tidak akan hadir menyaksikan konsert itu nanti.

“Maaf, saya tidak mahu isteri saya menjadi perhatian. Cukuplah, saya saja berkongsi dengan peminat mengenai karier dan bukan peribadi. Isteri saya adalah kisah peribadi dan biarlah dia hanya ada di hati saya saja. Saya tidak sedia untuk kongsi cerita lebih lanjut,” katanya.

Maher berkata, isteri berusia 24 tahun dan memberi sokongan penuh pada kariernya.

Malah, dia juga bersyukur ahli keluarga turut memberi dorongan serta menjadi pembakar semangatnya.

Bagi peminat Maher yang ingin menyaksikan konsertnya, tiket berharga RM50 hingga RM290 mula dijual.

Janji Maher, dia akan menampilkan persembahan terbaik dan pasti menghiburkan penonton.

Sementara itu, persembahan Maher menerusi Malam Amal Setulus Kasih bertempat di Hotel Summit, Subang USJ, baru-baru ini menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat.

Persembahan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh (RTK), Innovative Management Consultancy dan Alumni The ESQ Way 165 diadakan susulan tersiarnya berita 70 penghuni wanita berusia antara dua bulan dan 85 tahun akan hilang tempat tinggal apabila mereka diarah keluar dari rumah perlindungan.

Mereka diarah keluar atas perintah mahkamah dari banglo No 15 Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa apabila pemilik

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: