Malam Seri Temasik

31 Dec

SEJARAH perkembangan filem Melayu bermula di Singapura dan berkembang pesat pada tahun 50-an dan 60-an hingga mencetuskan perkembangan industri filem Malaysia di Kuala Lumpur awal 60-an.

Seniman dan seniwati yang selama ini mencurahkan jasa dan sumbangan kepada filem Melayu turut berhijrah ke Kuala Lumpur dan ramai juga kekal di Singapura. Bagaimanapun, jasa dan sumbangan mereka tidak pernah dilupakan setiap kali majlis anugerah dan festival filem.

Bagaimanapun buat julung kalinya, satu majlis mengumpulkan semua karyawan filem dari kedua-dua negara ini sama ada veteran dan baru, bakal berlangsung di Singapura. Majlis Malam Gala Seri Temasek 2011 bakal berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Fairmont, Singapura pada 5 Februari ini.

Majlis usahasama Majlis Pusat Singapura, Hanns’s Entertainment serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini diumumkan dalam sidang media di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang Jaya, baru-baru ini.


Ia dihadiri wakil penganjur, penasihat majlis, Datuk Mustapha Maarof, Presiden Majlis Pusat Singapura, Zulkifli Mohammed, Pengarah Hann’s Entertainment, Hans Rawe, Timbalan Ketua Pengarah Finas, Mohd Zulkifli Ab Wahab serta jawatankuasa majlis, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Aziz Sattar dan Aimi Jarr.


Turut hadir, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah; produser Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam dan anaknya, Syamsul Yusof; produser MIG Productions Sdn Bhd, David Teo serta seniwati Mariani Ismail dan anaknya, Rozita Rohaizad.

Mustapha yang juga mantan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata, sejarah filem Melayu bermula di Singapura dan wajar di

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: