Al Fatihah : Faizal Yusof Meninggal Dunia

1 Jan

Ditulis oleh Nonie
  
  

Tatkala kita bergema melaung kegembiraan menyambut tahun baru yang tiba, ada yang meratapi kehilangan insan tersayang.

Pelakon Faizal Yusop meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Islam pada pukul 1.45 tengah hari ini kerana serangan jantung.

Faizal, 33, meninggalkan seorang balu, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang hamil lima bulan dan anak sulung Mohd. Rayyan Nakhaie, 3, hasil perkahwinan dengan penyanyi Siti Nordiana.

Menurut abang arwah, Shaipul Yusop, Faizal jatuh di bilik air sekitar pukul 9.00 pagi ini dan mula tidak sedarkan diri.

Mereka kemudian membawanya ke Pusrawi dan terus ke Unit Rawatan Rapi.

“Arwah sempat menatap wajah anak sulungnya yang dibawa oleh bekas isteri, Siti Nurdiana pagi tadi,” kata Shaipul.

Janazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves pada pukul 10.00 pagi esok.

Juadah akhir

Malam tadi arwah sempat menjamu keluarganya makan malam di Restoran Sekincan Ikan Bakar, Taman Setiawangsa. Jamuan itu sebagai meraikan kedatangan tahun baru.

Sementara itu Siti Nordiana atau Nana mula berasa kelainan pada bekas suaminya itu yang mula bercakap perkara yang pelik.

“Dua minggu lalu arwah menelefon saya untuk bercakap dengan anak kami. Saya membuat aplikasi pembesar suara.

“Dia pesan kepada anak kami supaya menjaga saya dengan baik.

“Saya rasa lain macam bila dia berpesan kepada anak saya macam itu. Rupa-rupanya dia nak menginggalkan kami,” kata Nana ketika ditemui di Pusrawi petang ini.

Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dirahmati Allah SWT. Al Fatihah.

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: