Semangat Angka Satu

1 Jan

SAMBUTAN tahun baru yang dirai hari ini dianggap istimewa kerana membawa angka satu. Memasuki tahun baru, sudah tentu masing-masing sibuk membuat azam yang ingin dicapai dalam tempoh setahun.

Di kalangan artis, mereka juga mempunyai azam yang ingin digapai. Rap berkesempatan mendapatkan azam beberapa selebriti popular tanah air untuk tatapan peminat.


Aizat

(Penyanyi/komposer)


“Azam saya masih mahu memberi fokus pada kerja. Saya akan mengadakan persembahan berbentuk showcase pada 29 Januari ini diikuti persembahan jelajah secara solo selama tiga bulan.


“Saya berasakan persembahan solo sebegini penting pada karier penyanyi. Ini sebagai permulaan sebelum saya bercita-cita menjelajah seluruh dunia suatu hari nanti.

“Sambil itu, saya dalam proses menyiapkan album ketiga yang akan menampilkan hampir semua lagu dalam bahasa Inggeris dan mungkin hanya dua lagu bahasa Malaysia.

“Ini satu percubaan baru pada saya dan berharap 2011 memberi banyak peluang dan rezeki pada semua artis. Malah, industri muzik tempatan diharap terus berkembang ke peringkat antarabangsa.”

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

(Penyanyi)

“Saya mahu terus menjadi insan berjaya sama ada dalam kehidupan, karier dan perniagaan. Bermula lembaran baru, saya berhasrat mencapai impian yang belum dilaksanakan seperti konsert, album baru dan sebagainya.

“Tahun 2011 juga diharap membuka lebih luas dalam perkembangan karier dan membawa rezeki untuk dikongsi bersama.”

Remy Ishak

(Pelakon)

“Tahun lalu, saya berasakan masih ada impian yang tidak tercapai. Seharusnya, apabila tahun baru menjelang tiba, impian ini dibawa ke depan dan saya berharap ia menjadi kenyataan.

“Impian ini lebih kepada pencapaian peribadi saya sebagai pelakon. Mungkin peminat melihat saya sudah berjaya dan mencapai satu tahap tetapi saya tidak berasa sebegitu.

“Saya belum puas dengan karier dan mahu menggandakan usaha. Begitu juga, saya mengharapkan dapat memberi hasil kerja terbaik pada 2011.”

Aznil Nawawi

(Pengacara/pelakon/penyanyi/penyampai radio)

“Sempena tahun baru, saya berazam mahu membabitkan diri dengan lebih banyak kerja masyarakat. Sebelum ini, saya pernah melaluinya menerusi program Merisik Khabar dan Kempen Denggi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya mahu mengambil peluang melakukan pelbagai aktiviti dengan kanak-kanak dan warga emas. Ini sebenarnya memberikan pengalaman menyeronokkan dan kepuasan pada diri saya.

“Menerusi kerja amal secara sukarela ini, saya juga mahu mengajak rakan artis turut serta. Begitu juga, saya akan meraikan sambutan ulang tahun 20 tahun pembabitan saya dalam bidang seni pada Mac nanti.”

Norman Abdul Halim

(Produser/penyanyi/pelakon)

“Secara profesional, saya ingin meningkatkan lagi prestasi syarikat bagi pasaran tempatan dan antarabangsa. Sudah tentu, saya berharap filem baru KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa bukan saja berjaya dari sudut komersial di peringkat tempatan dan antarabangsa, tetapi memperkenalkan warisan sastera kita kepada masyarakat dunia.

“Untuk soal peribadi, saya mahu lebih banyak bersenam dan berhasrat mempelajari bahasa Mandarin untuk mening

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: