SOSEH SOSEH: Sogok Duit Beli Wartawan

1 Jan

SEGELINTIR daripada artis baru mahupun yang berstatus ‘suam-suam kuku’ boleh dikatakan beruntung kerana ada di kalangan rakan media yang senang melayan gelagat mereka ini.

Melayan yang SS maksudkan memberi peluang dari segi publisiti di ruang media cetak dan elektronik walaupun sumbangan yang diberikan dalam dunia seni tidak seberapa.

Ada juga di kalangan mereka langsung tidak ada lagu atau album solo, tapi memukul canang merata tempat sebagai penyanyi. Malah, kerap menjayakan persembahan dengan menyanyi lagu artis lain.

Dalam hal promosi ini, SS mendapat tahu seorang artis suam-suam kuku sanggup melakukan apa saja untuk memastikan beritanya terpampang di media termasuk mengada-adakan gosip membabitkan dirinya hanya kerana mahu mengejar populariti.


Tidak cukup dengan itu insan berkenaan mahu menyogok rakan SS dengan wang ringgit jika berita membabitkan dirinya dikeluarkan, siap meminta nombor akaun lagi.


Hairan SS, macam terdesak sangat.

Sudah banyak sangat duitkah sampai hendak ditawarkan kepada rakan SS sedangkan tawaran menjayakan persembahan hiburan masih tidak menentu?

Kalau ada pun takkan banyak sebagai muka baru yang belum dikenali, silap-silap sekadar token. Tapi pandai pula tawar hadiah berupa wang ringgit kepada orang lain.

SS rasa tersinggung kalau ada pihak berbuat begitu apatah lagi mereka yang baru ditemui kali pertama, seolah-olah wartawan ini tidak ada gaji dan dapat bayaran dari artis untuk keluarkan cerita mereka.

SS tidak menafikan ada antara artis yang sudah seabad berada dalam dunia seni masih terkapai-kapai dalam menentukan arah tuju dalam dunia seni. Ada pula yang mungkin rezeki berpihak kepada mereka apabila baru beberapa bulan membabitkan diri dalam seni, mereka sudah mengecapi populariti.

Memang SS akui publisiti dan promosi itu sangat diperlukan artis supaya masyarakat tahu kehadiran mereka. Nasihat SS, hubungan baik itu lebih penting, bukan tabur wang ringgit. Nanti silap-silap kena tangkap kerana memberi wang sogokan.

Tapi ada juga segelintir artis beranggapan sebaliknya apabila berpendapat tidak memerlukan pub

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: